Categories
SELANGOR

SAY platform Raja Muda Selangor dekati belia

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 1 JUN: DYTM Tengku Amir Shah berkenan merasmikan Selangor Youth Community (SAY) dan Project Revamp @ Extreme Park di Taman Sukan Lasak di sini, baru-baru ini.

Baginda bertitah, SAY yang diilhamkan baginda bertujuan mengenal pasti jurang serta permasalahan belia Selangor dan menyediakan platfom supaya mereka dapat menyumbang ke arah pembangunan negeri.

Copy of RMS_Revamp 1Titah baginda, fokus diberikan ke arah pembangunan sukan dan rekreasi, kesenian dan budaya, keusahawanan dan perdagangan serta muzik dan seni persembahan.

“Ini hanya permulaan kerana masih banyak usaha harus dilaburkan untuk membangunkan belia Selangor secara menyeluruh.

“Usaha pembangunan ini mestilah dijalankan dengan istiqamah, ia adalah satu marathon dan bukan acara pecut,” titah baginda yang juga Penaung Diraja SAY.

Sejurus majlis perasmian, baginda turut perkenan beramah mesra secara santai bersama lebih 500 hadirin sambil menjamu makanan disediakan ‘food truck’.

Copy of RMS_Revamp 7Sepanjang 90 minit, hadirin tidak melepas peluang untuk berkenalan, berinteraksi dan ber’selfie’ bersama baginda.

Pada 25 Mei lalu, baginda perkenan turun padang bersama sukarelawan menjayakan aktiviti gotong-royong iaitu Project Revamp @ Extreme Park.

Baginda turut meluahkan hasrat menceriakan keadaan di sekitar taman dengan pengenalan unsur seni mural dan grafiti.

“Melalui penambahbaikkan ini, ia bakal menjadi taman rekreasi yang bukan sahaja praktikal tetapi bakal menarik lebih ramai pelancong di dalam dan luar negara,” titah baginda.

-AA-