Categories
NASIONAL SELANGOR

Diskaun kompaun letak kereta 1 Oktober hingga 1 November!

Norfiza-Mahfiz-(MPK)KLANG 30 SEPT : Orang ramai berpeluang menjelaskan kompaun letak kereta yang dikenakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan harga RM15 bermula 1 Oktober hingga 1 November depan.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata MPK menawarkan pengurangan itu bertujuan membantu pelanggan yang tidak berkesempatan untuk menjelaskan kompaun terdahulu.

“Orang ramai digesa untuk mengambil peluang yang ada untuk menjelaskan kompaun-kompaun mereka sebelum tempoh tawaran tamat pada 1 November 2013,” kata beliau.

Semakan kompaun boleh dibuat di Kaunter Ibu Pejabat MPK dan Pejabat Cawangan MPK di Jalan Tengku Kelana manakala bayaran boleh dibuat di semua kaunter-kaunter sah.

MPK-grafik

Selain itu, Norfiza berkata orang ramai kini boleh mula mendapatkan kupon letak kereta di Ibu Pejabat Majlis MPK dan cawangannya serta ejen-ejen yang dilantik selaras dengan inisiatif Sistem Letak Kereta Berkupon yang diperkenalkan 1 Disember 2012 lalu.

Setiap kupon berharga RM0.50 satu dan sah digunakan selama satu jam. Ia perlu digunakan di semua parkir awam.

Categories
SELANGOR

MPK Perkenal Sistem Letak Kereta Berkupon

SHAH ALAM 07 DIS : Orang ramai kini boleh mula mendapatkan kupon letak kereta di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan cawangannya serta ejen-ejen yang dilantik selaras dengan inisiatif MPK yang mula memperkenalkan Sistem Letak Kereta Berkupon mulai Disember ini.

Pemangku Yang Di Pertua MPK, Ehsan Mukri berkata manakala bagi orang awam yang telah membeli pas bulanan dan tamat 30 November bolehl datang ke Pejabat Letak Kereta Jalan Tengku Kelana untuk mendapatkan pengesahan lanjutan tempoh tambahan satu bulan. 

Katanya, MPK merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di Selangor yang menjalankan sistem berkenaan dan ia bakal mendapat sambutan daripaada penduduk setempat.

Bagi kupon itu, MPK menetapkan Majlis RM 0.50 sejam untuk setiap kupon manakala bagi sebuah buku harga dikenakan sebanyak RM 2.50 untuk lima keping.

“Manakala bagi kupon harian, satu kupon berharga RM 4.50 bagi sembilan jam dan sebuah buku berharga RM 22.50 (lima keping) serta untuk pas bulanan, harga ditetapkan sebanyak RM 80.00 sebulan,”katanya pada Majlis Pelancaran Penjualan Kupon Letak Kereta di sini.

Tambahnya, MPK akan menetapkan masa kawalan seperti biasa iaitu dari Isnin hingga Jumaat bermula lapan pagi hingga lima petang dan orang ramai diminta untuk mendapatkan kupon di lokasi yang ditetapkan.