Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Air Selangor lancar ERP tingkat kecekapan perkhidmatan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 JUL: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melancarkan satu lagi inisiatif dalam usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan pelanggan dengan pelaksanaan Sistem Perancangan Sumber Enterprise (ERP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Kamaralzaman berkata, sistem ERP itu mengintegrasikan proses operasi serta aliran maklumat untuk mengoptimumkan penggunaan sumber seperti warga kerja dan aset.

Katanya, sistem aplikasi legasi IT sedia ada tidak bersepadu dan tidak dapat menawarkan pengurusan sumber secara holistik dengan analisis perniagaan diperlukan.

Suhaimi-Kamaralzaman-500x351“Aplikasi ini dibangunkan untuk fungsi tertentu dan tidak boleh atau diubahsuai memenuhi keperluan semasa perniagaan.

“Sudah tiba masanya kita menggunakan sistem bertaraf dunia yang direka memudahkan pengguna sistem berfungsi dan bekerja secara produktif,” katanya di Majlis Pelancaran ERP, di sini, semalam.

Suhaimi berkata dengan adanya sistem Oracle ERP Cloud itu, Air Selangor akan mengguna pakai modul sistem ERP yang terbaik di dalam kelas serta industri.

“Sistem ini akan beroperasi menggunakan perisian Oracle yang akan menambahbaik analitis perniagaan, kecerdasan perniagaan untuk membuat keputusan dan akses lebih baik kepada maklumat,” katanya.