Categories
SELANGOR

Skim Dana-Sel ditambah RM10 juta

Oleh: SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 9 JUL: Peruntukan Skim Dana-Sel RM10 juta akan ditingkatkan kepada RM20 juta untuk membantu rakyat memiliki rumah mampu milik.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Datuk Iskandar Abdul Samad, berkata Dana-Sel diwujudkan untuk membantu pembeli yang menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman bank bagi memiliki rumah pangsa kos rendah.

yb iskandar 1“Melalui skim ini, Kerajaan Negeri akan membeli rumah dan disewakan kepada rakyat yang tidak diluluskan pinjaman bank dalam tempoh sehingga mereka layak membuat pinjaman. Kerajaan Negeri akan menjual pada penyewa dengan menolak kos sewa yang sudah dibayar.

“Skim ini juga terbuka kepada golongan belia yang berhasrat memiliki rumah mampu milik dan menepati syarat dan kelayakan memohon,” katanya kepada Selangor Kini.

Iskandar berkata, bagaimanapun peruntukan yang diberi Kerajaan Negeri masih tidak mencukupi dan kemampuan juga terhad.

“Seharusnya, Kerajaan Persekutuan perlu ada inisiatif memikirkan cara berkesan dalam porjek perumahan kerana mereka mempunyai dana lebih besar untuk membantu rakyat kerana harga rumah semakin tinggi,” katanya.

-NFN-

70 peneroka bandar raih manfaat Skim Dana-Sel

Permohonan 70 peneroka bandar diluluskan dalam dua projek perintis Dana-Sel melibatkan Rumah Kos Rendah (RKR) Ukay Indah, Sungai Sering (116 unit) dan RKR Pangsapuri Rimba, Rimba Jaya (104 unit).

Skim Dana-Sel bertujuan membantu peneroka dan miskin bandar memiliki kediaman sendiri.

Categories
SELANGOR

Skim Dana Sel beri peluang peneroka bandar miliki kediaman sendiri

Oleh: LIZAWATI MADFA

HULU LANGAT, 15 NOV: Kerajaan Negeri akan melancarkan Skim Dana Sel khusus bagi memberi peluang kepada golongan peneroka bandar memiliki kediaman sendiri.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu akan diberikan dalam bentuk pinjaman kepada mereka yang gagal mendapat kelulusan bank bagi membeli rumah mampu milik yang ditawarkan.

Katanya, mekanisma skim Dana Sel akan diumumkan secara rasmi pada pembentangan Belanjawan Selangor 2015, pada 24 November ini.

Meraihkan pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS MB (5)“Skim ini diwujudkan ekoran dari dasar pentadbiran lama sebelum 2008 yang kononnya mahu setinggan sifar dengan menawarkan unit kos rendah kepada peneroka bandar.

“Sebahagian besar mereka kemudian ditawar tinggal di rumah sementara dan transit dengan janji dua tahun rumah siap, tetapi malangnya bertahun terbengkalai.

“Apabila rumah siap pula, pembeli tak mampu dapatkan kelulusan pinjaman bank kerana usia lanjut dan sebagainya, maka sebab itu kita wujudkan dana ini,” katanya di hadapan lebih 200 hadirin pada Majlis Meraikan Pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS Damai Residensi di Seksyen 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi, di sini, hari ini.

Hadir sama adalah Exco Perumahan, Iskandar Abdul Samad; Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azlan Md Alifiah dan Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Nordin Sulaiman.

Damai Residensi adalah projek pertama rumah mampu milik Selangorku PKNS dengan 124 unit ditawarkan termasuk empat unit khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Meraihkan pembeli Pangsapuri Selangorku Idaman PKNS MB (9)Sebelum ini, PKNS turut membangunkan rumah mampu milik di tempat lain termasuk projek terbesar di Bukit Botak dengan lebih 1,400 unit.

Bagaimanapun, kebanyakan pembeli yang ditawarkan gagal mendapatkan pinjaman bank atas beberapa faktor termasuk usia yang sudah lanjut.

Pembeli di Bukit Botak adalah peneroka bandar yang dijanjikan tanah di dalam skim penempatan semula oleh Kerajaan Selangor Umno-BN, pada 1985.

Malangnya, sehingga tahun 2008, pemaju swasta yang dilantik Umno-BN gagal berbuat demikian sehingga kerajaan Pakatan Rakyat terpaksa mengambil alih projek itu dan diberi kepada PKNS.

-NFN-