Categories
SELANGOR

Polis diharap dapat manfaatkan ‘CBS smart pole’

OLEH LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 28 SEPT: Polis DiRaja Malaysia (PDRM) digesa untuk lebih proaktif dalam menggunakan kemudahan dan infrastruktur sembilan ‘smart pole’ berteknologi Sistem BBU Berpusat (Centralised BBU System-CBS), di Subang Jaya.

Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Hannah Yeoh berkata, semua struktur berkenaan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) untuk pemantauan kawasan sekitar.

Katanya, PDRM boleh menggunakannya bagi memerangi jenayah, di kawasan berkenaan.

“Bukan sahaja polis tetapi kementerian juga boleh bersikap lebih proaktif dalam mengguna pakai teknologi baru membanteras jenayah.

SMART POLE 1“Saya harap polis dapat memantau sepenuhnya semua CCTV di setiap ‘pole’ sementara Majlis Perbandaran Subang Jaya menumpukan perhatian kepada usaha memberikan perkhidmatan kepada rakyat dalam kerja pembersihan,” katanya pada sidang media.

Terdahulu, beliau hadir ke Majlis Pelancaran CBS yang disempurnakan Exco Kerajaan Tempatan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah.

Selain menyediakan insfrastruktur untuk ‘mobile operator’, setiap ‘pole’ yang berketinggian 18 meter turut dilengkapi tiga CCTV dan lampu limpah.

Ia juga menyediakan kemudahan wifi percuma dan dijangka memberi manfaat kepada lebih 300,000 penduduk Subang Jaya.

FOI: Putrajaya terus beralasan

Menolak penjawat awam sebagai punca, Speaker Dewan Negeri Selangor Hannah Yeoh berkata Akta Kebebasan Maklumat atau FOI berjaya dilaksanakan melalui perundangan dan latihan meskipun Selangor tidak mempunyai sumber sekuat Putrajaya.