Categories
PENDIDIKAN SELANGOR

SUPTIM XVII: KUIS raih 3 emas 1 gangsa

 

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 12 DIS: Kontijen Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) meraih tiga pingat emas dan satu gangsa dalam Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi Islam Malaysia (SUPTIM XVIII) 2017 di Perlis, baru-baru ini.

KUIS menerusi laman facebooknya berkata, pingat emas diraih menerusi acara bola jaring, ping pong dan bola tampar manakala gangsa menerusi badminton.

“Lebih membanggakan, Kontinjen KUIS menduduki tangga Ke-4 carta pungutan pingat keseluruhan meskipun penyertaan sukan lebih sedikit berbanding Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs).

“Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapkan khususnya kepada semua atlet yang berjuang, jurulatih serta pegawai terlibat dalam menjayakan Kejohanan SUPTIM XVIII 2017 pada kali ini,” tulisnya.

Terdahulu, KUIS dengan kekuatan enam pegawai dan 60 atlet menyertai SUPTIM XVII yang berlangsung di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis pada 25 hingga 30 November lalu.

Majlis penyampaian pingat pada malam penutup diserikan lagi dengan kehadiran Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta Timbalan Rektor Pengurusan Korporat (Pembangunan dan Pengantarabangsaan) KUIS, Dr Zulkifli Abd Hamid.

Bagi pungutan pingat keseluruhan, USAS mencipta kejutan selepas berjaya menewaskan tuan rumah, KUIPs yang menduduki tangga Ke-2 carta pungutan pingat.