Categories
AGENDA NASIONAL SUKANKINI

Kabinet lulus dana RM240 juta biayai Program Podium

Categories
AGENDA AGENSI NASIONAL SELANGOR

SUKMA 2022: MSN Selangor rangka program latihan baharu atlet

SHAH ALAM, 31 DIS: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor giat merangka program latihan baharu untuk atlet susulan penundaan Sukan Malaysia (SUKMA) 2020.

Pengarah eksekutif berkata terdapat perubahan baharu termasuk kekangan atlet untuk menyertai latihan dan melanjutkan pelajaran.

“Perancangan akan dibincangkan bersama persatuan negeri dan jurulatih dalam masa terdekat bagi memutuskan pendekatan perlu diambil menerusi program bakal dilaksana,” kata Mohamad Nizam Marjugi ketika dihubungi SelangorKini.

Sementara itu, beliau memaklumkan pihaknya juga akan menggantikan atlet pelapis untuk diserap ke dalam pasukan utama.

Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan memutuskan temasya dwitahunan di Johor terpaksa dibatalkan ekoran ketidaktentuan penularan Covid-19 yang memasuki gelombang ketiga di negara ini.

Johor diberi tawaran untuk edisi 2022 kerana negeri itu sudah bersedia hampir 99 peratus daripada aspek perancangan, pengurusan, teknikal dan kemudahan pertandingan.

Categories
EXCO SELANGOR

SUKMA 2022: Peluang cerah Selangor jadi tuan rumah

BANGI, 22 SEPT: Peluang Selangor untuk dipilih sebagai tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 semakin cerah selepas beberapa negeri mula menyatakan sokongan masing-masing.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, sokongan itu dizahirkan dalam Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman di pejabat beliau di Putrajaya, Khamis lalu.

“Saya dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Selangor membentangkan cadangan untuk jadi tuan rumah pada 2022, kita ada kemudahan lengkap seperti yang dibentangkan dan Menteri sangat berpuas hati.

“Selepas mereka dengar pembentangan kita, peluang Selangor sangat baik dan kita ada berhubung dengan Menteri, Pengarah Majis Sukan Negara dan beberapa EXCO negeri, saya yakin kita dapat jadi tuan rumah 2022 nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Media Selangor pada Kejohonan Badminton Beregu, Pesta Sukan Gen-S Penggiat Belia Tempatan Majlis Perbandaran Kajang di Dewan Badminton Uptown Sport Bangi di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, mesyuarat itu turut dihadiri EXCO dan Menteri Belia dan Sukan bagi setiap negeri.

Bagaimanapun katanya, Sabah turut menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah.

“Setakat ini saingannya adalah Sabah yang menyatakan minat tetapi hujah kita Sabah baru sahaja jadi tuan rumah pada 2002 manakala Selangor kali terakhir jadi tuan rumah pada 1998,” katanya.

Categories
SUKANKINI

Selangor mampu jadi tuan rumah terbaik SUKMA 2022

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 11 JUN: Selepas kali terakhir menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) pada 1998, Selangor sekali lagi diyakini mampu menganjurkan temasya sukan dwi tahunan itu, pada 2022.

Pemangku Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Mohamad Nizam Marjugi berkata, hal itu kerana Selangor memiliki fasiliti sukan terbaik dan lengkap berbanding negeri lain.

“Jika Selangor menganjurkan SUKMA 2022, peruntukan untuk menyediakan gelanggang pertandingan tidak sebesar negeri lain kerana di negeri ini sudah tersedia gelanggang untuk semua acara yang serba lengkap.

“Stadium sahaja kita ada lebih 10 buah yang boleh digunakan untuk dijadikan venue SUKMA, itu belum diambil kira stadium di institusi pengajian tinggi seperti Kompleks Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan lain-lain yang pasti sedia bekerjasama,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, Selangor juga boleh memohon kerjasama daripada Perbadanan Stadium Malaysia untuk menggunakan Stadium Bukit Jalil jika perlu.

Selain kemudahan gelanggang untuk acara dipertandingkan, Selangor turut dilengkapi sistem pengangkutan dan penginapan yang mencukupi bagi kesemua kontinjen.

Mohamad Nizam berkata, sebelum ini beberapa temasya sukan antarabangsa seperti Sukan SEA dan Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 banyak membabitkan gelanggang serta pelbagai kemudahan lain di Selangor.

“Mungkin pada perasmian itu nanti kita boleh buat kelainan, tak perlu bunga api dan sebagainya tetapi menampilkan semangat sukan SUKMA itu sendiri untuk melahirkan bakal jaguh negara,” katanya.

Categories
SUKANKINI

SUKMA 2022: Selangor letak harapan jadi tuan rumah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 20 APRIL: Selangor meletakkan harapan tinggi dan bersedia menjadi tuan rumah dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2022, kata Mohd Khairuddin Othman.

Hasrat berkenaan dinyatakan EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Pembangunan Modal Insan itu kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, ketika melakukan kunjungan hormat ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di Putrajaya semalam.

Mohd Khairuddin berkata, Kerajaan Negeri juga akan bekerjasama secara dekat dengan KBS untuk memajukan sukan di Selangor.

“Pada pertemuan lebih satu jam itu, banyak perkara dicapai, terutama dalam soal membangunkan Majlis Sukan Negeri.

“Yang Berhormat Menteri juga bersetuju untuk membantu Selangor memartabatkan sukan wanita dan beliawanis Selangor serta akan menganjurkan beberapa program dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, Kerajaan Negeri juga memohon untuk kembali menjadi sebahagian daripada peserta Akademi Kejurulatihan di Institut Sukan Negara sebagai usaha melatih jurulatih Selangor.