Categories
SELANGOR

Tabung Warisan hilang selepas Anwar dipecat

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 4 NOV: Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menubuhkan Tabung Warisan daripada hasil sumbangan Petronas untuk kegunaan generasi akan datang.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata tabung itu bagaimanapun lesap begitu sahaja tanpa diketahui dibelanjakan ke mana selepas Anwar dipecat semua jawatan dalam kerajaan.

IMG_5828“Bila negara ada sumber yang banyak begini, kita boleh ambil salah satu seperti dilakukan di Norway mewujudkan tabung warisan negara.

“Untuk makluman, pengalaman singkat saya bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau membentuk Tabung Warisan Negara dengan wang sumbangan Petronas dimasukkan ke dalam tabung ini demi masa depan generasi akan datang tetapi bila beliau dipecat tabung ini hilang begitu sahaja sampai hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan Selangor 2016 di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

anwarMohamed Azmin berkata, kaedah sama tidak sesuai dipraktikkan Kerajaan Negeri memandangkan Selangor tidak mempunyai sumber hasil banyak seperti dinikmati Kerajaan Persekutuan dan hasil yang ada perlu dibelanjakan untuk pembangunan.

Katanya, Petronas sahaja menjana pendapatan Kerajaan Persekutuan melalui duti eksport petroleum mentah, royalti dan dividen.

“Pada 2014 Petronas membayar dividen RM29 bilion, manakala RM26 bilion tahun ini dan dianggarkan RM16 bilion pada 2016,” katanya.

-NFN-