Categories
SELANGOR

TOP 5: Apa LIMA berita paling menarik Selangor hari ini?

Berikut adalah ringkasan LIMA berita menarik berlaku di Selangor untuk 18 Mac hari ini:

1. Wakil rakyat Melaka ‘salute’ dasar Rumah SelangorKu

Inisiatif Kerajaan Negeri memperkenalkan dasar perumahan rumah mampu milik Rumah Selangorku mendapat maklumbalas positif bukan hanya dalam kalangan warga Selangor.

https://selangorkini.my/2017/03/wakil-rakyat-melaka-salute-dasar-rumah-selangorku/

 

2. Reformasi Mahkamah Syariah Selangor, tingkat martabat Islam sejagat

Langkah Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) memperkenalkan Rumah Transit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) membolehkan sesi perbicaraan Mahkamah Syariah Selangor meneruskan prosiding pada waktu malaam.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian usaha pentadbiran negeri mereformasikan pengurusan Mahkamah Syariah di negeri ini.

https://selangorkini.my/2017/03/reformasi-mahkamah-syariah-selangor-tingkat-martabat-islam-sejagat/

 

3. Apa penjelasan Pengerusi SPR Selangor 136,272 pengundi tanpa alamat?

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor, Datuk Seri Hashim Abdullah dituntut memberi penjelasan berhubung isu 136,272 pengundi tanpa alamat dibangkitkan Kerajaan Negeri.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, tindakan suruhanjaya itu menggunakan maklumat pengundi tidak lengkap dalam melaksanakan cadangan persempadanan semula menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat.

https://selangorkini.my/2017/03/apa-penjelasan-pengerusi-spr-selangor-136272-pengundi-tanpa-alamat/

 

4. Lepasi sasaran 15,000 unit, Selangor optimis sedia 30,000 Rumah Selangorku

Kejayaan menyediakan 22,494 unit Rumah Selangorku dengan melepasi sasaran awal 15,000 unit mendorong Kerajaan Negeri untuk kekal optimis mampu menyediakan 30,000 unit rumah mampu milik itu menjelang 2018.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, jumlah tersebut mampu dicapai berpandukan kepada tuntutan untuk menyediakan projek perumahan mampu milik di negeri ini.

https://selangorkini.my/2017/03/lepasi-sasaran-15000-unit-selangor-optimis-sedia-30000-rumah-selangorku/

 

5. Piala Sultan Selangor: PKNS FC diiktiraf, guna peluang balas kepercayaan Sultan

PKNS FC diminta membalas kepercayaan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan mengatasi cabaran Pilihan Singapura untuk menjuarai Piala Sultan Selangor 2017 di Singapura, 6 Mei depan.

Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata pemilihan kelab itu bagi mewakili negeri sebagai Pilihan Selangor pada kejohanan itu adalah satu penghormatan dan seharusnya PKNS FC menggunakan segala kesempatan terhidang bagi mencatat kejayaan.

https://selangorkini.my/2017/03/piala-sultan-selangor-pkns-fc-diiktiraf-guna-peluang-balas-kepercayaan-sultan/