Categories
NASIONAL

Anwar: Siapa benarkan Vincent Tan buka kasino baru?

PUCHONG, 22 JUN: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan untuk membangunkan pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.

“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan.

“Kerana kita bantah, cukup dengan keadaan sekarang ni,” katanya ringkas dalam sidang media yang dipetik daripada Keadilan Daily, semalam.

anwarVincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 bilion untuk membina sebuah Kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.

Jika dibina, ia adalah pusat kasino kedua terbesar di Malaysia selepas Genting Highland.

Dalam satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak berkuasa juga meluluskan pelan pembangunan kasino terbabit, bahkan Vincent sudah merancang memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki syarikatnya, Berjaya Corporation.

Namun, kelulusan itu bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Parlimen, baru-baru ini.

vincent tanSaya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik. Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara itu walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskannya.

“Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya turut ditolak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Ibrahim Ali tarik balik saman Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION VS IBRAHIM ALI

SHAH ALAM 23 OGOS: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menarik balik saman kes saman fitnah ke atas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail semalam.

Pembatalan kes tanpa sebarang kos tersebut didengar di dalam kamar oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, SM Komathy Suppiah yang membenarkan permohonan Ibrahim.

Pada 2 Jun 2010, Ibrahim memfailkan saman tersebut dengan mendakwa Saifuddin berniat jahat memfitnah beliau dalam edisi 27 April hingga 4 Mei 2010 di Akhbar Suara Keadilan yang didakwa Ibrahim terlibat dalam perniagaan perjudian kerana pernah bekerja dengan jutawan Vincent Tan. – MZA