Categories
NASIONAL

Anwar: Siapa benarkan Vincent Tan buka kasino baru?

PUCHONG, 22 JUN: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan untuk membangunkan pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.

“Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan.

“Kerana kita bantah, cukup dengan keadaan sekarang ni,” katanya ringkas dalam sidang media yang dipetik daripada Keadilan Daily, semalam.

anwarVincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 bilion untuk membina sebuah Kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.

Jika dibina, ia adalah pusat kasino kedua terbesar di Malaysia selepas Genting Highland.

Dalam satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak berkuasa juga meluluskan pelan pembangunan kasino terbabit, bahkan Vincent sudah merancang memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki syarikatnya, Berjaya Corporation.

Namun, kelulusan itu bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di Parlimen, baru-baru ini.

vincent tanSaya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik. Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara itu walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskannya.

“Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya turut ditolak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,” katanya.

Categories
NASIONAL

Jangan bina kasino lagi, mudarat kepada masyarakat

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 JUN: Kerajaan Pusat dan Kerajaan Pahang digesa untuk tidak membenarkan sebarang cadangan membina pusat perjudian lagi.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pusat kasino sedia ada sudah membawa kemudaratan kepada negara dan diharapkan perkara berkenaan tidak berulang

casino genting highlands ditutup“Cukuplah kerana yang sedia ada sudah mendatangkan banyak musibah dan perkara yang bercanggah kepada masyarakat serta umat Islam.

“Bagi kita kasino yang dicadangkan itu bukan benda baru kerana pada 2001 pernah disuarakan dan kita menentang di peringkat Dewan Undangan Negeri.

“Kita berharap Kerajaan Pahang tidak akan meluluskan hasrat itu di Pahang mahupun mana-mana negeri di Malaysia,” katanya kepada Selangor Kini.

Tegasnya, pihak media perlu memainkan peranan dalam perkara ini dan bukan sahaja memaparkan berita mengenai isu halal haram yang bersangkut paut dengan makanan semata-mata.

Sebelum ini umat Islam di Malaysia tidak berpuas hati mengenai dakwaan kewujudan DNA babi dalam makanan.

“Kita tengok memang realiti begitu, sentimen tinggi dengan makanan sedangkan perjudian merupakan antara perkara yang diharamkan dalam Islam.

Datuk-Tuan-Ibrahim-Tuan-Man barang“Faktor yang melonjakkan emosi rakyat adalah media, isu ini akan senyap begitu sahaja,” tambahnya lagi.

Dalam satu laporan yang dipetik The Business Times in Malaysia, didakwa pusat kasino kedua terbesar di negara itu akan dibina dengan pelaburan sebanyak RM3 bilion.

EZY