Categories
SELANGOR

MAIS peruntuk RM708,400 bantu anak yatim

OLEH : SYASYA SUFIAN

HULU SELANGOR, 20 JUN: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Yayasan Islam Darul Selangor (YIDE) memperuntukkan RM708,400 untuk sumbangan anak yatim di negeri itu.

Pengerusi MAIS, Dato’ Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, berkata ia melibatkan seramai 7,084 anak yatim di seluruh Selangor.

zakat 4“Agihan dilaksanakan di 366 masjid oleh nazir masjid dilantik khas MAIS.

“Jumlah sumbangan sebanyak RM39,700 kepada 397 anak yatim dan 129 nazir,” katanya ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Hari Raya kepada Anak Yatim di Masjid As Salam, Bukit Beruntung, di sini, semalam.

Beliau berharap sumbangan itu dapat membantu persiapan menyambut hari raya dan menceriakan mereka dalam menjalani ibadah puasa.

Majlis penyerahan disampaikan oleh DYM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

EZY