Categories
SELANGOR

MB: Pelukis antarabangsa Yusof Ghani mampu rancakkan industri seni

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 23 DIS: Bandaraya Shah Alam perlu bijak menggunakan potensi modal insan artis seperti pelukis bertaraf antarabangsa, Yusof Ghani untuk merancakkan industri seni di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, Shah Alam berpotensi merancakkan sektor seni melalui pengeluaran produk budaya, pengeluaran dan pemindahan ilmu, hiburan serta sukan.

AzminKatanya, hal itu kerana Shah Alam mempunyai ‘brain and talent capital’ dengan kehadiran insititusi pengajian tinggi seperti UiTM, Unisel dan MSU.

Yusof Ghani adalah nama besar yang cukup terkenal sebagai pelukis prolifik kerana menghasilkan karya bertaraf antarabangsa.

Beliau pada asalnya adalah seorang artis grafik yang beralih kepada seni halus selepas menerima geran kerajaan untuk mengkaji seni di Universiti George Mason, Virginia, pada 1979.

“PBT dan masyarakat perlu mempunyai sinergi baik menterjemahkan gagasan menjadikan Bandaraya Shah Alam sebagai kota untuk anak muda.

“Bandaraya Shah Alam perlu meneroka bidang baru bukan sekadar menambah baik prasarana fizikal tetapi mempertingkatkan prasarana kebudayaan, keilmuan dan kesukanan,” kata Mohamed Azmin.

Katanya, untuk Shah Alam menjadi Bandar Raya Kreatif adalah membina persekitaran dan prasarana yang merangsang kreativiti.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Penganugerahan Zon Mini Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon Shah Alam di Hotel Concorde, di sini.

Beliau berkata, penjawat awam di peringkat PBT perlu menjadikan aktiviti turun padang sebagai budaya kerja dengan meninjau permasalahan di kawasan pentadbiran masing-masing.

“Ini termasuk usaha mewujudkan persekitaran bersih sebagai agenda utama di setiap PBT,” katanya.

EZY