Apa Kata Rakyat Mengenai Zon Bebas Motor


 

Sinopsis:

Setiap hari ada sahaja laporan jenayah seperti ragut, samun, rogol dan pembunuhan.

Rancangan mewujudkan zon bebas motorsikal di kawasan-kawasan tertentu dalam bandar-bandar besar disebut sebagai tujahan untuk membanteras kegiatan jenayah yang semakin meruncing.

Bolehkah langkah ini mengekalkan keamanan, atau manifestasi prejudis golongan elit terhadap golongan kurang berkemampuan?

Wartawan kami, Anna Farina dan jurukamera Muhammad Hurzaid turun padang mendengar suara orang kita.