Categories
KENYATAAN MEDIA

Muhyiddin, Jangan bermimpi!

Oleh: ZURAIDA KAMARUDDIN

UMNO dan BN hanya bermimpi jika mereka fikir bahawa mereka boleh rampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dan kerusi DUN Cempaka dari Pakatan Rakyat. Walaupun Anwar yang hilang kelayakan secara tidak adil untuk menjadi Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang, kedua-dua kerusi tersebut akan terus kekal sebagai kubu kuat dan benteng Pakatan Rakyat. Semangat BN yang tinggi untuk kononnya merampas amat dialu-alukan untuk menguji dan mengukur kekuatan mereka sendiri.

Namun yang sedemikian, jika UMNO dan BN bijak, menyelamatkan diri adalah jalan terbaik untuk mengelak dari malu yang sangat besar pada kemudian hari. Ini kerana rakyat masih terkesan dan kecewa diatas pembunuhan politik Anwar melalui hukuman tanpa keadilan yang disabit baru-baru ini. Jikalau Mahathir masih dengan ungkapan “Melayu Mudah Lupa”, tetapi sebenarnya “Melayu Tidak Mudah Lupa dan Lawan tetap Lawan!”.

Jangan kita lupa, Najib dan BN adalah orang-orang yang menyebabkan ekonomi Malaysia kini merosot ke tahap yang amat membimbangkan dengan segala hutang dan projek 1MDB. Berbeza pula dibawah pentadbiran Anwar Ibrahim bekas Menteri Kewangan yang membawa kemakmuran kepada negara. Ini jelas bahawasanya Melayu menderita di tangan UMNO dan BN dengan semua rasuah dan kenaikan harga barang yang mendadak menyebakan rakyat berada di tahap yang amat membebankan.

Situasi kini tidak mudah untuk menerima UMNO yang terus menerus melalukan ketidakadilan terhadap rakyat lebih-lebih lagi apabila kerajaan yang terbentuk ini hanyalah sebuah kerajaan minoriti yang memperolehi sokongan sebanyak 47 peratus pada pilihanraya yang lalu.

Walaupun ia adalah satu tugas yang sukar untuk melawan jentera BN yang menggunakan pelbagai taktik kotor untuk menang, namun Wanita Keadilan pasti penyokong Pakatan Rakyat akan terus berjuang menentang rejim yang kotor ini untuk mendapatkan semula keadilan di negara ini.

# Zuraida Kamaruddin adalah  Ahli Parlimen Ampang merangkap  Ketua Wanita Keadilan