Categories
SELANGOR

MB: Pembangunan Perlu Berlandas Elemen Kekeluargaan

PUCHONG, 18 MEI : Kerajaan Selangor menyifatkan penglibatan semua peringkat masyarakat termasuk pemimpin tempatan memainkan peranan penting sebagai penyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, elemen kekeluargaan kini mula menjadi nadi kepada pembangunan negeri sebagai langkah untuk memastikan masyarakat tidak ketinggalan dalam merasai arus pemodenan.

Katanya lagi, tanpa peranan semua pihak, Selangor tidak akan mengecapi kejayaan seperti yang dimiliki hari ini.

“Perancangan negeri yang baik tidak akan bererti sekiranya pelaksanaan itu dibuat tanpa disiplin. Justeru, pembangunan Selangor itu perlu dilihat dalam keadaan berbeza dan melibatkan semua institusi masyarakat secara meneyluruh supaya ia dapat direalisasikan dengan baik,” katanya.

Abdul Khalid berkata demikian dalam ucapannya semasa menghadiri Majlis Penerangan Geran Selangorku dan Jamuan Bersama Rakyat sempena Program Terima Kasih Rakyat Daerah Sepang, di sini hari ini.

Hadir sama, Exco Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Yaakob Sapari, Rodziah Ismail dan Ronnie Liu.

Dalam majlis sama, Abdul Khalid turut memulakan acara ‘sepak mula’ sebagai merasmikan pertandingan futsal di kawasan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.