Categories
NASIONAL SELANGOR

Siar Rakaman Manifesto Mahfuz Dakwa Aziz Diperguna Umno-BN

SHAH ALAM 23 JUN : Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof didakwa dipergunakan Umno-BN selepas menyedari melakukan kesilapan membuat tawaran kepada semua parti politik membentangkan manifesto di media elektronik kawalan mereka dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

Dakwaan itu dibuat Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan dibuat Abdul AzizĀ  bahawa hanya siaran rakaman dibenarkan bagi tujuan itu terhadap semua parti politik dan bukannya secara langsung.

Laporan media menyiarkan kenyataan Abdul Aziz yang menyatakan ketetapan itu dibuat bagi mengelakkan penyiaran bahan yang mungkin menyentuh peribadi seseorang, mengancam keselamatan dan ketenteraman awam atau menyentuh sensitivitiĀ  kaum serta agama.

“Siapa dia (Abdul Aziz) untuk buat kenyataan seperti ini,” katanya kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahfuz berkata, Abdul Aziz dengan peranannya sebagai Pengerusi SPR perlu bersikap berkecuali dalam perkara ini.

“Maka dengan ini alasan diberikan hanya siaran rakaman dibenarkan bagi mengelakkan pelbagai perkara tidak diingini timbul dan menuduh partiĀ  pembangkang sering memanipulasi sesuatu isu. Namun sebenarnya Umno-BN yang sering mengambil kesempatan dengan memanipulasi sesuatu perkara itu demi kepentingan mereka,” katanya.

Syarat dikenakan itu juga jelasnya bertujuan supaya parti pembangkang khususnya Pakatan Rakyat (Pakatan) menolak tawaran dikemukakan itu bagi memberikan perspektif negatif terhadap gabungan itu di mata rakyat.

“Pemimpin Umno-BN menyedari mereka akan mendapat kesan yang negatif berikutan penyiaran itu maka syarat begini dikenakan supaya parti pembangkang menolaknya,” ujarnya.

Pada 7 Jun lalu, Rais berkata parti politik kini dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM selepas kertas kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.

Akses media yang bebas dan adil antara 22 saranan dibuat Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang diserahkan kepada SPR selepas mereka meluluskan tanpa bahas di Dewan Rakyat pada 3 April lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.