Categories
SELANGOR

Adakah Benar Selangor Hadapi “Krisis Air”?

SUBANG JAYA, 4 JULAI : ?Krisis Air? di Selangor merupakan momokan yang dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan mereka sendiri, dakwa Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Charles mendakwa kerisauan berlakunya krisis air digunakan pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kontrak projek Loji Air Sungai Langat 2 (Langat 2)

Charles berkata pihak-pihak tersebut mendakwa Selangor berhadapan krisis air yang teruk jika Langat 2 tidak melaksanakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata terdapat juga badan bukan kerajaan yang turut menyuarakan kebimbangan berkenaan krisis air tersebut.

Namun setelah diteliti, NGO itu didalangi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dalam projek Langat 2.

Charles berkata demikian di dalam satu sesi Dialog Bajet 2013 di sini pagi tadi yang membincangkan tentang industri air Selangor.

Beberapa hari yang lalu, akhbar pro-Umno-BN memaparkan artikel yang mengatakan krisis air akan berlaku di dalam Selangor sekiranya Kerajaan Selangor tidak meluluskan projek Langat 2 dengan segera.

Dakwaan krisis air itu dibuat oleh syarikat konsensi air, Menteri Kabinet, pemimpin Umno-BN Selangor dan NGO.

Mereka mengkritik pendirian Kerajaan Selangor yang tidak mahu Langat 2 dibina tanpa penstrukturan semula industri air.

Ini kerana, tanpa penyusunan semula itu, harga air akan melambung sebanyak 100 peratus bagi menampung kos pembinaan Langat 2.

“Jika projek air Sungai Langat 2 itu dilaksanakan ia sepatutnya diuruskan oleh kerajaan Selangor dan bukan syarikat swasta,” Charles berkata.

Leave a Reply

Your email address will not be published.