Categories
NASIONAL

Anwar : Sudah 14 Tahun Utusan Malaysia Tidak Henti Fitnah Saya

 

KLANG 19 JULAI : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan saman beliau terhadap Utusan Malaysia (Utusan) adalah kerana akhbar milik Umno-BN itu sentiasa memfitnahnya sejak 14 tahun lalu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes saman fitnah beliau terhadap Utusan kerana memutar belit kenyataannya dalam wawancara stesyen televisyen BBC.

“Dalam perbicaraan itu, peguam Utusan kata ini bukan fitnah tetapi keterangan, Utusan bukan tuduh malah tidak bermaksud untuk memfitnah dan Utusan tidak pernah kata Anwar ini menyokong hubungan Homoseksual.

“Saya jawab, dia (Utusan) fitnah saya tanpa henti sejak 14 tahun lalu lagi. Tidak ada langsung nilai akhlak yang baik untuk menjaga maruah orang.

?Tidak ada langsung menolak untuk makan duit haram tetapi memilih untuk menipu dan memfitnah setiap hari.

“Apa yang tidak fitnah? Kata saya agen Israel, agen Kristian, ada hubungan dengan lelaki, perempuan. Cuma bukan dengan lembu sahaja lagi.

?Maknanya ini sudah keterlaluan sebab itu saya memilih untuk saman,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di ceramah Merdeka di Kampung Jalan Kebun, semalam.

Jelas Anwar, dalam temubual BBC itu, beliau tidak mendukung hubungan sejenis tetapi tidak bersetuju dengan undang-undang yang sedia ada kerana ia dianggap zalim.

Katanya, undang-undang kuno terhadap homoseksual perlu dikaji semula, untuk melindungi orang yang tidak bersalah daripada dihukum.

“Saya sebagai orang Islam dan jika orang bukan Islam pun di negara kita menerima kemulian institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan.

?Cuma tidak bersetuju dengan undang-undang yang ada kerana undang-undang ini zalim, tiada saksi pun boleh dakwa orang.

“Tapi tafsiran Umno-BN dan Utusan kata saya sokong. Kamu ini pekak atau buta?,” kata Anwar sinis.

Semalam, Anwar tampil sebagai saksi pertama dalam kes saman fitnahnya.

Beliau menuntut RM 50 juta serta ganti rugi teladan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Tindakan saman ini ekoran akhbar milik Umno itu mengatakan beliau ?menghalalkan homoseksual? dalam terbitannya 17 Januari lalu.

Anwar juga memohon injunksi untuk melarang defendan daripada mengucapkan atau menerbitkan kenyataan fitnah lanjut terhadapnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.