Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tolak Umno-BN, nikmati perubahan bersama PAKATAN

OLEH HAFIZAN TAIB

BUTTERWORTH, 22 APR: Pilihan raya umum ke 14 (PRU14) menjadi medan terbaik untuk rakyat menolak Umno-Barisan Nasional (BN) supaya dapat menikmati perubahan pentadbiran kerajaan di Putrajaya bersama Pakatan Harapan (PAKATAN).

Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, rakyat perlu menjatuhkan Umno-BN diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam PRU kali ini akibat pelbagai masalah termasuk penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran kerajaan.

“Umno sendiri hari ini yang dijaga bukan orang Melayu tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Ia berbeza dengan era Almarhum Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn yang membela nasib orang Melayu dan rakyat keseluruhannya” katanya.

Beliau berkata demikian dalam siri Jelajah KEADILAN Harapan Malaysia di Pulau Pinang ketika bersarapan bersama rakyat di Medan Selera Taman Air Tawar Indah di sini, hari ini.

Bagi merealisasikannya, Dato’ Menteri Besar Selangor itu berkata, rakyat perlu bertindak dalam PRU dan memberi kemenangan kepada PAKATAN supaya segala kerosakan dilakukan Umno-BN dapat diperbetulkan.

Katanya, sekiranya ia tidak berlaku maka rakyat mungkin mengambil terpaksa menunggu tempoh masa yang lama selepas ini untuk melihat kejatuhan Umno-BN.

Bagaimanapun dengan keadaan sokongan rakyat masa ini, beliau berkata, adalah jelas bahawa Umno-BN kini bagaikan berada di penghujung tempoh untuk mengekalkan kuasa.

“Kini kita bukan sahaja bakal melihat tusnami Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain tetapi gelombang rakyat melawan Najib dalam PRU nanti.

“Keadaan berlaku ketika ini juga menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad pada usia 93 tahun sepatutnya berehat tetapi Allah berikan kesihatan baik untuk berjuang bersama rakyat menyelamatkan Malaysia,” katanya.

Pentadbiran Umno-BN diterajui Najib mendapat kritikan umum kerana skandal 1MDB yang turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa selain langkah mempraktikkan kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat.

=EZY=

Categories
NASIONAL

“Umno-BN buat muka sardin salah guna kuasa”

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 16 APR: Pemimpin Umno disifatkan sebagai ‘muka sardin’ apabila terdesak apabila didakwa menjadikan program di sekolah sebagai platform mempromosikan parti dan diri masing-masing sebelum menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, sedangkan beliau sebagai wakil rakyat yang sah dipilih rakyat tidak dibenarkan masuk atau menghadiri program di sekolah.

“Dapat panggilan telefon dari beberapa ibu bapa pelajar, kata mereka patutnya puan yang rasmikan program kecemerlangan pelajar di Seksyen 24 tetapi kenapa wakil Umno pula?

“Inilah kegilaan pentadbiran di Malaysia, wakil yang sah dipilih oleh rakyat tidak dibenarkan masuk atau dijemput oleh sekolah-sekolah tetapi Ketua Bahagian Umno boleh dan inilah sebab kita tolak Umno-Barisan Nasional (BN) sebab sardin aje salah gunakan kuasa secara terang-terang,” kata Rodziah pada status terkini di akaun media sosial facebooknya.

Sejak Selangor dikuasai Pakatan Rakyat (kemudiannya Pakatan Harapan), pentadbiran di peringkat persekutuan sering mengeluarkan arahan dwi ‘standard’ kepada agensi mereka di peringkat negeri.

Antara yang paling ketara apabila sehingga kini pihak sekolah masih lagi tidak menggantung gambar Dato’ Menteri Besar Selangor seperti mana protokol yang lazimnya diguna pakai.

Keadaan ini mencerminkan Umno-BN tidak menghormati keputusan rakyat Selangor dalam PRU-12 dan PRU-13 lalu.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Rehatkan Umno, henti kebocoran

OLEH AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 10 APR: Pakatan Harapan (PAKATAN) bertekad menghentikan kebocoran dan ketirisan serta menggantikannya dengan ketelusan jika berjaya mengambil alih pentadbiran negara, pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata, PAKATAN akan menggunakan konsep mengembalikan hasil negara kepada rakyat, seperti dilaksanakan di Selangor iaitu Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

“Kami (PAKATAN) ada pengalaman ketika mengambil alih Selangor, rizab negeri hanya RM1.2 billion. Kini, rizab mencecah RM3.8 billion dan hutang negeri hampir habis kita bayar.

“Kami berjanji untuk hentikan kebocoran dan pastikan ketelusan. Tangguh dulu bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hingga gaji mencapai RM4,000.

“Kami juga akan hapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang membebankan rakyat. Jom kita rehatkan dulu Umno untuk mereka membuat koreksi diri,” katanya menerusi status di Facebook.

Beliau berkata, defisit negara juga kian parah hingga mencecah RM 40 billion dan jika berterusan sehingga 20 tahun, boleh mencapai RM800 billion hingga RM1 trillion.

Malah, katanya, menurut Laporan Ketua Audit Negara, kebocoran kewangan negara mencatatkan sekitar RM27 bilion setahun, iaitu kira kira 10 peratus daripada bajet negara.

“Siapa kena bayar hutang ini? Pastilah rakyat dari bayi sampai meninggal dunia, dalam bentuk pelbagai cukai, terutama GST.

“Sementara anak muda terbeban dengan hutang belajar PTPTN. Pekerjaan belum tentu, hutang sudah menanti. Ramai pinjaman perumahan sangkut kerana disenarai hitam PTPTN.

“Kini, kuasa di tangan anda. Adakah mahu diteruskan beban hutang atau hentikan setakat ini,” katanya.

 

Categories
SELANGOR

Umno-BN Selangor hanyalah ‘saudagar mimpi’

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 FEB: Umno-Barisan Nasional (BN) umpama ‘saudagar mimpi’ di Selangor, apabila melontarkan idea yang mereka sendiri sedar bahawa mereka tidak mampu untuk kotakannya.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fahmi Fadzil, berkata, hal ini boleh terbukti apabila Umno-BN berterusan menabur janji terbaru, kononnya mahu memberi rumah kepada anak muda di Selangor.

“Umno-BN terdesak kerana janji bina rumah mampu milik yang mereka tabur sebelum ini pun masih tidak dikota dan kini mereka mahu angkat idea rumah untuk anak muda di Selangor.

“Berbanding dengan komitmen dan prestasi pentadbiran Pakatan Harapan di Selangor yang menunaikan janji, Umno-BN Selangor hanya boleh menjadi saudagar mimpi,” katanya ketika dihubungi SelangorKini di sini.

Jelasnya, selepas peralihan kuasa di Selangor pada 2008, Umno-BN sendiri turut mendakwa Selangor bakal muflis ekoran langkah Kerajaan Pakatan Selangor memberikan perkhidmatan air percuma kepada rakyat.

Katanya, namun seperti biasa walaupun mereka kononnya menolak idea pakatan tetapi akhirnya meniru idea sama.

=EZY=

Categories
SELANGOR

Tawaran beg plastik percuma jadi bahan senda nitizen

 

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 FEB: Tawaran Umno-Barisan Nasional (UMNO-BN) Selangor memberi beg plastik percuma kepada rakyat Selangor sekiranya berjaya menawan negeri terkaya itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dipersendakan nitizen.

Rata-rata nitizen di laman sosial facebook menganggap tawaran Umno-BN itu bukan sahaja melucukan, malah tidak memberi signifikan dalam membantu kehidupan rakyat berbanding pelbagai inisiatif diberikan Kerajaan Negeri.

“Mahu ke tak mahu beg plastik percuma? Pakatan Harapan bagi air, Wi-Fi, bas, Kad Peduli sihat, KISS,” tulis Azlina Adnan dalam status

Pemilik akaun yang menamakan dirinya sebagai Namaku Faizal pula memuatnaik poster yang memaparkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar dan beberapa pemimpin lain mengumumkan pemberian beg plastik percuma dalam satu majlis sambil masing-masing memegang beg plastik berwarna biru.

“Nak gelak ke nak nangis pun konfius. PH Selangor bagi air percuma, bas percuma BN tawarkan beg plastik percuma. Undi BN ‘for free plastic bag’,” tulisnya.

MrZak Abdhamid pula menyifatkan janji BN itu sebagai sesuatu yang lucu.

“Manifesto BN – beg plastik percuma… Memang ‘win,” tulisnya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Benarkah selama ini Umno-BN dengar denyut nadi rakyat?

OLEH MOHAMAD IMRAN ABD HAMID

Saya ambil maklum kenyataan Pengerusi Biro Kebajikan Umno, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang mendakwa Barisan Nasional (BN) akan menjalankan lebih banyak program bantuan dan kebajikan jika diberi mandat untuk kekal menerajui kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kini apa yang dilihat, pelbagai program baru disusun dan diatur oleh Umno BN semata-mata untuk meraih sokongan dan undi rakyat saat akhir sebelum menjelangnya PRU akan datang.

Setiap program yang dibuat hanya demi survival politik semata-mata malah disulami dengan menabur fitnah dan sebagainya terhadap parti lawan.

Lebih menyedihkan lagi, Umno BN sekali lagi menggunakan peluang yang ada untuk menimbulkan syak wasangka dan rasa benci di kalangan rakyat Malaysia.

Pentadbiran kerajaan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat tidak mementingkan kebajikan dan suara rakyat.

Adakah benar selama ini Umno BN telah mendengar denyut nadi keluhan rakyat?

Rata-rata rakyat di negara ini mengharapkan kerajaan yang memerintah sekadar untuk menyelesaikan permasalahan rakyat seperti mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Jika benar kerajaan Umno BN mendengar rintihan rakyat, sepatutnya ia membantu rakyat di setiap peringkat terutama yang kurang berkemampuan dengan menurunkan harga barang, mansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), hapuskan tol, beri pendidikan percuma, beri biasiswa dan sebagainya.

Saya ingin mengingatkan Umno BN bahawa buanglah segala bentuk kepura-puraan dan demi masa depan politiknya sendiri. Rakyat sedang menilai dan akan bersama Pakatan Harapan untuk menyembuhkan segala duka lara yang menimpa negara pada hari ini.

* Mohamad Imran Abd Hamid adalah Naib Pengerusi KEADILAN Perak

Categories
NASIONAL

Jangan boikot PRU14, undi PAKATAN untuk perubahan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 23 JAN: Pakatan Harapan (PAKATAN) meminta rakyat tidak memboikot Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan mengundi gabungan itu untuk menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) demi kebaikan negara.

PAKATAN dalam kenyataan berkata, memilih selain gabungan itu, merosakkan atau tidak keluar mengundi hanya akan menguntungkan Datuk Seri Najib Razak dan kumpulan kleptokrat yang mahu terus bermaharajalela

“Amat jelas perubahan di Malaysia hanya akan datang dengan memilih PAKATAN dan merubah kerajaan, pada PU14,” katanya.

Kenyataan itu dibuat Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyinddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.

Ia sebagai reaksi terhadap usaha pihak dan kumpulan tertentu berhubung isu merosakkan undi atau memboikot PRU14 sebagai tanda protes.

Selain itu, katanya, wujud kumpulan propagandis Umno-BN dalam usaha mengurangkan minat pengundi untuk memastikan gagasan berkenaan kekal memerintah.

Katanya, kumpulan kedua adalah ‘anti-establishment’ berperanan sebagai pemberi tekanan dan menggunakan hujah demokratik.

“Walaupun PAKATAN menghormati pandangan mereka, tindakan ini hanya sesuai dalam keadaan demokrasi yang adil dan dalam keadaan Malaysia hari ini, jelas tindakan merosak undi atau memboikot pilihan raya hanya akan menghukum PAKATAN dan menguntungkan Umno-BN.

“PAKATAN berjuang untuk menegak keadilan, mereformasi institusi di Malaysia dan mengatasi atau menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

“Lihat sahaja kejayaan PAKATAN mentadbir Selangor dan Pulau Pinang. Malaysia perlu diselamatkan. Pilih perubahan. PRU14 nanti, pilih PAKATAN,” katanya.

Categories
SELANGOR

Umno-BN tidak hormat pilihan rakyat Selangor?

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 NOV: Umno-Barisan Nasional (BN) tidak menghormati pilihan rakyat Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) dan PRU-13 lalu apabila tidak membenarkan foto Dato’ Menteri Besar digantung di pejabat Kerajaan Persekutuan, di negeri itu.

Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memberi khidmat kepada masyarakat tanpa mengira fahaman politik dan ia sepatutnya diperakui semua pihak.

“Walaupun nampak seperti masalah remeh tetapi sebenarnya menunjukkan Umno-BN tidak menghormati pilihan rakyat dan melanggar Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan kuasa membuat pilihan dalam pilihan raya,” katanya kepada SelangorKini, semalam.

Beliau berkata, Umno-BN dinasihatkan supaya menerima hakikat mereka bukan lagi pilihan rakyat Selangor apabila dua kali ditolak, dalam dua pilihan raya sebelumnya.

Bagaimanpun katanya, hal itu berbeza dengan tindakan Kerajaan Negeri mengarahkan jabatan di bawah seliannya memberhentikan langganan Utusan Malaysia ekoran akhbar terbabit tidak menyalurkan maklumat yang memberi faedah kepada kakitangan awam Selangor.

“Sudah pasti Kerajaan Negeri ada hak memilih akhbar mana yang mahu dilanggan kerana ia bertitik tolak kepada dasar kerajaan baru dengan lebih menekankan fakta tepat dan berita sahih.

“Kita sedia maklum Utusan Malaysia hanya satu cabang media dengan semua pihak bebas membuat pilihan dan saya percaya Kerajaan Negeri masih melanggan akhbar lain yang walaupun cenderung kepada parti pemerintah tetapi laporannya mungkin masih ada unsur mendidik rakyat,” katanya.

Categories
KENYATAAN MEDIA

Kenapa MB Terengganu diam isu RM2 bilion lebur?

1. Kejayaan terbesar UMNO BN dalam pemerintahan mereka sejak pemerintahan Idris Jusoh di Terengganu adalah meleburkan wang rakyat Terengganu sehingga mencecah RM1.5 Billion.

Wang ini kalau ditadbir-urus dengan baik akan memberi kesan yang sangat baik kepada rakyat Terengganu.

2. Malangnya, duit ini dileburkan dengan projek untuk kepentingan mereka dan bukannya untuk rakyat. Sebagai contoh, Stadium Bolasepak Gong Badak, RM300 juta, Taman Ilmu- Besut- RM350 juta, Komplek Bebas Cukai Kenyir, RM350 juta, Kompleks Kolam Renang Batu Buruk, RM30 juta dan Kuala Terengganu Specialist Hospital- KTS, RM 180 juta.

3. Jumlah kos asal projek diatas ini sahaja sudah mencecah RM1.21 billion dan akan memerlukan sekurang-kurangnya RM350 juta lagi untuk membaiki dan menyiapkannya.

Jadi kos keseluruhannya akan mencecah lebih kurang RM 2.0 billion kesemuanya! Amat besar perbelanjaan projek mega yang sakit ini dan masih tidak boleh digunakan oleh rakyat selepas hampir 10 tahun menunggu dan mengalami kerugian.

4. Inilah kejayaan UMNO BN dalam mewariskan projek yang terbengkalai dan wang yang diperuntukkan entah ke mana. Rakyat Terengganu berhak tahu ke mana wang rakyat dileburkan! Perlu di ingat Terengganu masih dikategorikan negeri termiskin di Semenanjung Malaysia, sedangkan hasil semula jadi Terengganu mewah.

5. Malangya, sehingga hari ini Dato’ Seri Ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu masih gagal untuk memberi penjelasan yang secukupnya kepada rakyat Terengganu.

Rakyat berhak tahu ke mana hilangnya wang yang telah diperuntukkan untuk menampung pembinaan projek-projek mega tersebut? Bilakah projek-projek mega ini akan siap?

6. Kalau persoalan penting ini pun tidak mahu dijawab dan terus membisu, lebih baik beliau letak jawatan sebagai6. Menteri Besar Terengganu!

YB Datuk Raja Kamarul Bahrin
Pengerusi Pakatan Harapan Terengganu,
Ahli Parlimen Kuala Terengganu

Categories
KENYATAAN MEDIA

Umno BN didakwa perguna KEMAS bagi politik kepartian

OLEH: AHMAD NIZAM

Saya meneliti video ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 20 April 2017 di satu program di Bera, Pahang bersama-sama dengan pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Ucapannya yang tanpa berselindung menggesa pegawai-pegawai KEMAS untuk menjadi jentera kerajaan Umno BN paling hadapan untuk menentang pembangkang di seluruh negara.

Malah, Ismail Sabri memaklumkan bahawa program-program berbentuk politik seperti ceramah boleh dianjurkan secara bersama dengan Umno Bahagian dengan peruntukan daripada KEMAS.

Ini secara jelas menunjukkan Umno BN sudah terdesak menggunakan kuasanya dan ‘machinery’ kerajaan bagi tujuan politik kepartian. Taktik kotor berulang ini berlaku apabila menjelangnya musim Pilihan Raya Umum (PRU).

Sepatutnya peranan KEMAS di setiap daerah adalah sebagai jentera Pembangunan Luar Bandar yang memfokuskan untuk meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar dan meningkatkan taraf hidup daripada segi pendidikan, sosial dan ekonomi. Ini kerana gaji kakitangan KEMAS dibayar daripada wang rakyat.

Malah Ismail Sabri dengan lantang bercakap, sekiranya beliau kena ‘bantai’ dengan pembangkang sekalipun, beliau akan lawan pembangkang dalam Parlimen untuk kepentingan Umno semata-mata.

Pada Mac 2016, Ismail Sabri telah menasihatkan kementerian yang dinaunginya supaya mengutamakan soal integriti tidak kira sama ada kakitangan bawahan, pegawai kanan, Menteri ataupun Ketua Menteri.

Kini , kata yang pernah diungkapkannya hanya sekadar kata seperti Menteri-Menteri Umno BN yang lain. Taktik kotor BN yang ditunjangi Umno mula terserlah.

Pemikiran sedemikian yang kurang terbuka menjadikan Umno BN berada di takuk lama dan terus dibuai oleh janji manis sendiri yang akhirnya sekadar mimpi.
* AHMAD NIZAM adalah Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang/ Parti KEADILAN Rakyat

Categories
KENYATAAN MEDIA

Umno-BN gunakan KEMAS untuk tujuan politik kepartian

OLEH AHMAD NIZAM

Saya meneliti video ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada 20 April 2017 di satu program di Bera, Pahang bersama-sama dengan pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Ucapannya yang tanpa berselindung menggesa pegawai-pegawai KEMAS untuk menjadi jentera kerajaan Umno BN paling hadapan untuk menenatng pembangkang di seluruh negara.

Malah, Ismail Sabri memaklumkan bahawa program-program berbentuk politik seperti ceramah boleh dianjurkan secara bersama dengan Umno Bahagian dengan peruntukan daripada KEMAS.

Ini secara jelas menunjukkan Umno BN sudah terdesak menggunakan kuasanya dan ‘machinery’ kerajaan bagi tujuan politik kepartian. Taktik kotor berulang ini berlaku apabila menjelangnya musim Pilihan Raya Umum (PRU).

Sepatutnya peranan KEMAS di setiap daerah adalah sebagai jentera Pembangunan Luar Bandar yang memfokuskan untuk meningkatkan kompetensi masyarakat luar bandar dan meningkatkan taraf hidup daripada segi pendidikan, sosial dan ekonomi. Ini kerana gaji kakitangan KEMAS dibayar daripada wang rakyat.

Malah Ismail Sabri dengan lantang bercakap, sekiranya beliau kena ‘bantai’ dengan pembangkang sekalipun, beliau akan lawan pembangkang dalam Parlimen untuk kepentingan Umno semata-mata.

Pada Mac 2016, Ismail Sabri telah menasihatkan kementerian yang dinaunginya supaya mengutamakan soal integriti tidak kira sama ada kakitangan bawahan, pegawai kanan, Menteri ataupun Ketua Menteri.

Kini , kata yang pernah diungkapkannya hanya sekadar kata seperti Menteri-Menteri Umno BN yang lain. Taktik kotor BN yang ditunjangi Umno mula terserlah. Pemikiran sedemikian yang kurang terbuka menjadikan Umno BN berada di takuk lama dan terus dibuai oleh janji manis sendiri yang akhirnya sekadar mimpi.

# Ahmad Nizam adalah Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang

Pakatan jangan terlalu suka UMNO-BN bergolak

Ahli Pakatan diingat tidak terlalu suka dengan pergolakan dalaman yang melanda Umno-BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.