Categories
SELANGOR

MPK Jadi PBT Pertama Laksana ’15 Minutes Reading Break’

KLANG, 31 JUL : Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menganjurkan program ’15 Minit Berhenti Membaca’ pada 7 Ogos depan di setiap jabatan majlis bermula pukul 8.30 hingga 8.45 pagi.

Pengarah Jabatan Komunikasi dan Pengaduan Awam (JKPA) MPK, Norfiza Mahfiz berkata, program ini bertujuan menyahut seruan Kerajaan Selangor yang ingin membudayakan amalan membaca tidak kira peringkat umur di negeri ini.

Menurutnya, program ini mewajibkan semua pegawai dan kakitangan untuk menyertainya dengan membawa apa jua jenis bahan bacaan yang mereka suka.

Program ini akan mendidik kakitangan untuk sentiasa peka akan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. MPK adalah pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negeri ini yang mengadakan program tersebut.”

“Kita juga akan mengadakan beberapa perancangan lain dalam usaha memartabatkan ilmu pembacaan di kalangan kakitangan dan warga Klang amnya,” katanya dalam satu kenyataan media.

Program tersebut adalah anjura Kerajaan Negeri dalam usaha memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat tanpa mengira usia.

Leave a Reply

Your email address will not be published.