Categories
NASIONAL

Pemberitahuan : Mahkamah Rendah Syariah Klang Berpindah

SHAH ALAM 24 JULAI : Mulai 15 Julai 2012, Mahkamah Rendah Syariah Klang berpindah ke bangunan baru yang beralamat di Jalan Haji Sirat, 41200 Klang.

Perpindahan ini adalah dari bangunan lama yang beralamat di Tingkat 3, Unit 3-05 dan 3-06 Garden Business Centre, No 3 Jalan Istana, 41000 Klang.

Sehubungan itu, segala urusan ditangguhkan sementara waktu dan segala urusan mahkamah hanya akan beroperasi sepenuhnya seperti biasa mulai Isnin, 23 Julai bersamaan 3 Ramadan di bangunan baru tersebut.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess), perpindahan itu adalah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan serta kemudahan terbaik kepada para pelanggan.

Jika orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, mereka bolehlah menghubungi ibu pejabat Jakess di talian 03-5519 1291 atau 03-5519 1294.

Leave a Reply

Your email address will not be published.