Categories
NASIONAL

Kerajaan Diseru Kaji Semula Bayar Saman Serta Merta

SHAH ALAM,2 OGOS :  Kerajaan diseru supaya mengkaji semula cadangan pemandu dan penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik yang perlu menyelesaikan saman mereka serta-merta atau kenderaan mereka akan ditahan.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi berpendapat bahawa cadangan ini agak keterlaluan dan tidak sesuai untuk dilaksanakan kerana ia berbentuk penganiyaan terhadap pengguna jalan raya.

“Untuk membayar serta merta saman yang dikenakan ke atas mereka merupakan cadangan yang tidak tidak relevan kerana bukan semua pengguna trafik terdiri daripada kalangan mereka yang berkemampuan untuk membayar saman serta merta.

“Ditambah pula dengan kemungkinan-kemungkinan penting yang perlu mereka selesaikan dengan segera, tidakkah tindakan sebegini merupakan satu kezaliman kepada pengguna jalan raya,” jelas beliau di dalam satu kenyataan media.

Menurut Shuhaimi lagi, turut membimbangi cadangan seperti ini akan menggalakkan gejala rasuah antara polis trafik dengan pengguna jalan raya.

“Sewaktu tiada bayaran dikenakan masih wujud masalah rasuah, apatah lagi jika bayaran terpaksa dibuat serta merta dengan kos tambahan terpaksa diselit dicelah-celah bayaran tersebut bagi mengurangkan atau menghapuskan saman mereka.

“Gejala ini mungkin akan menjadi bertambah parah dan sukar dikesan jika ianya benar-benar dilaksanakan nanti,” ulas beliau lagi.

Tambah beliau, kerajaan sepatutnya perlu melihat kepada keperluan dan kemampuan rakyat.

Saman adalah suatu hukuman yang berbentuk pendidikan kepada pengguna supaya patuh kepada peraturan jalan raya.

“Kerajaan juga perlu melihat kepada alternatif lain dalam mendidik pengguna jalan raya selain daripada saman,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.