Categories
NASIONAL SELANGOR

KPT, MUST Perlu Perjelas Nasib Mahasiswa Dan Pensyarah

SHAH ALAM,7 OGOS : Kementerian Pengajian Tinggi dan Malaysian University of Science and Technology (MUST) digesa memberikan penjelasan berhubung nasib mahasiswa dan pensyarah di institusi itu memandangkan RM 100 juta wang rakyat sudah dilaburkan.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pada Februari tahun lepas portal berita Malaysiakini mendedahkan bahawa sebuah universiti swasta ?premier?,MUST terumbang-ambing untuk terus beroperasi sekalipun menerima geran kerajaan di antara 2001 hingga 2006.

“Kami difahamkan bahawa satu kemasukan mahasiswa MUST dijanjikan penginapan percuma namun PTPTN tetap mengenakan yuran penginapan terhadap mahasiswa.

“MUST juga dilaporkan melambatkan pembayaran kepada ejen penginapan dan pendaftaran sehingga lapan belas bulan, sehingga mahasiswa dipindahkan daripada satu penginapan ke penginapan yang lain,” kata Nik Nazmi dalam kenyataan media.

Tambah Nik Nazmi, difahamkan bahawa kemasukan pertama mahasiswa peringkat asasi pada 2008 terdiri daripada dua orang mahasiswa manakala kemasukan pertama mahasiswa peringkat sarjana muda pada 2009 hanya tinggal empat orang mahasiswa.

“Kami dimaklumkan bahawa ramai pensyarah dibayar lambat dan kini enggan mengajar sehingga menerima gaji mereka, sehingga menimbulkan tekanan dan kesukaran buat mahasiswa.

“Kami juga dimaklumkan bahawa staf-staf kini diberikan kontrak tiga bulan sahaja yang memudarkan semangat kerja mereka,” katanya.

MUST ditubuhkan pada tahun 2000 oleh MUST Ehsan Foundation, yang diketuai bekas menteri kabinet Effendi Norwawi sebagai sebuah universiti swasta premier dengan kerjasama dengan universiti Amerika Syarikat yang berprestij, Massachusetts Institute of Technology (MIT).

Tiga tahun sebelum itu MIT menerima sebanyak AS$25 juta untuk menubuhkan MUST. Walaubagaimanapun perjanjian dengan MIT luput pada tahun 2005.

Tahun lepas MUST mencatat hanya sekitar 200 orang mahasiswa yang berdaftar, jauh di bawah sasaran 5000 orang mahasiswa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.