Rodziah: 56 PWB Akan Di Wujudkan Akhir September

SHAH ALAM, 13 OGOS: Selangor telah menubuhkan 30 PWB dan akan menambah 26 PWB lainĀ  sebelum akhir September 2012 ini menjadikan kesemuanya 56 buah di seluruh kawasan-kawasan Dun di negeri ini.

Demikian menurut Exco Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor, Rodziah Ismail ketika menyampaikan ucapan penutup Bengkel dan Latihan Penyelaras dan Penyelia (P&P) Pusat Wanita Berdaya(PWB) seluruh negeri Selangor di Kompleks 3C MPSJ, Subang Jaya semalam.

Menurutbya, menerusi PWB, Wanita di Negeri Selangor digalakan melakukan perubahan ke atas diri mereka sendiri bagi memperolehi kebaikan dan kecemerlangan dalam hidup mereka.

Katanya perubahan yang dilakukan golongan wanita itu, juga mampu mendidik dan mengubah kehidupan dan pemikiran masyarakat.

Dalam program sama, Rodziah juga berharap agar PWB dapat mengorak langkah tersusun dan lebih baik dalam menghasilkan program dan aktiviti yang berkesan untuk wanita

Program tersebut diadakan bagi meningkatkan keupayaan jaringan kerja wanita dan menjadikan PWB sebagai hub aktiviti wanita setempat di seluruh Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published.