Categories
SELANGOR

Golongan Kurang Berkemampuan Pangsapuri Taman Medan Cahaya Terima Bantuan Kerajaan Selangor


PETALING JAYA, 6 OKT : Seramai 50 penghuni Pangsapuri Taman Medan Cahaya di sini dari kalangan kurang berkemampuan menerima sumbangan Kerajaan Negeri yang disalurkan melalui DUN Taman Medan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha berkata, ia adalah sumbangan berterusan Kerajaan Negeri kepada golongan ini berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat

Kumpulan sasaran itu yang terdiri dari warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU) dikenalipasti menerusi persatuan penduduk.

“Kita akan terus mengenalpasti kumpulan sasaran ini untuk dibantu supaya semua mereka terbela nasibnya,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada penghuni pangsapuri Taman Medan Cahaya di sini hari ini.

Program sumbangan Kerajaan Negeri bagi DUN Taman Medan tersebut adalah yang kelima bagi tahun ini.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Block E Pangsapuri Taman Medan Cahaya, Abdul Karim Jamaluddin menjelaskan usaha Kerajaan Negeri adalah wajar bagi membantu rakyat yang kurang berkemampuan.

“Ia membuktikan kerajaan yang ada ini mengutamakan keperluan rakyat di negeri Selangor. Diharapkan lebih banyak lagi usaha kebajikan sebegini dijalankan pada masa depan,” katanya.

Seorang ibu tunggal, Fatimah Din, 54, berkata sumbangan buat kali kedua diterima itu sedikit sebanyak membantu dalam penjimatan perbelanjaan keluarganya.

“Makcik gembira bila dapat bantuan semacam ini kerana segala apa yang kita perlukan memerlukan wang untuk dibeli.

?Dengan sumbangan ini dapat makcik berjimat sedikit untuk belanja keluarga,” katanya yang kini tidak bekerja dan menetap bersama seorang anaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.