Categories
NASIONAL

Guan Eng : Barisan Nasional Dah Jadi “Biadap Nasional” Fitnah Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Nama Barisan Nasional di sebalik akronim BN wajar ditukar kepada ?Biadap Nasional? ekoran tindakan pemimpin mereka yang gemar memfitnah pemimpin Pakatan Rakyat.

Demikian saranan sinis Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap kenyataan yang dibuat Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seah Kie terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Itu suatu fitnah yang sangat jahat, mana ada pemimpin yang galakan orang Islam rogol wanita bukan Islam.

“Adakah MCA sudah hilang modal, bangkrap sampai tahap itu, sangat melampau buat kenyataan yang sangat biadap seperti ini.

“Sungguhpun MCA biadap, Umno pun sama biadap kerana tidak menghalang, mengkritik MCA daripada membuat  kenyataan sedemikian,” kata Guan Eng kepada TV Selangor.

Beliau ditemui selepas merasmikan forum ‘Bagaimana PR Membelanjakan Wang Rakyat’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor malam tadi.

Beliau memberitahu lagi, tindak-tanduk pemimpin BN hari ini jelas menggambarkan keangkuhan mereka.

“Macam ini biadap punya kenyataan apa lagi nasihat boleh kita bagi lagi.

?Sebab kalau nak bertaubat seseorang mesti ada betul-betul rasa kesal, mesti bertekad tak mau ulangi lagi dan nak betulkan diri.

?Tetapi tiga-tiga niat taubat ini pun tak ada, macamana kita nak nasihat lagi,” ujar Guan Eng yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP.

Semasa berucap dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur Sabtu lalu, Heng menuduh Nik Aziz membenarkan wanita bukan Islam dirogol sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.

Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek turut mempertahankan kenyataan Heng.

Leave a Reply

Your email address will not be published.