Categories
SELANGOR

1,217 Mangsa Banjir Masih Ditempatkan Di Tujuh Pusat Pemindahan

SHAH ALAM,15 NOV : Seramai 1,217 mangsa banjir masih lagiĀ  ditempatkan di tujuh pusat pemindahan banjir di seluruh Selangor.

Menurut Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) setakat jam 5 petang, jumlah itu menurun sedikit daripada lebih 1,300 yang melibatkan tiga kawasan banjir sebelum ini pada jam 11 pagi tadi.

Mereka ditempatkan di tujuh pusat pemindahan banjir yang melibatkan daerah Kuala Langat, Sepang dan Kuala Selangor.

Menurut MKN, orang ramai dinasihatkan selepas banjir reda untuk memastikan minum air yang telah dimasak dan mengelakkan daripada meminum air yang telah tercemar.

Mereka perlu membasuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir serta makan makanan yang telah dicemari air banjir.

Mereka juga perlu melupuskan makanan yang ditinggalkan di dalam bekas atau peti sejuk yang telah dicemari air banjir atau yang telah berbau dan bertukar warna.

Leave a Reply

Your email address will not be published.