Categories
NASIONAL

Azmin : Kerajaan Negeri Harus Siasat Tanah Hutan Simpan PKPS

SHAH ALAM 21 NOV : Kerajaan Negeri dminta menyiasat perjanjian pajakan tanah hutan simpan Bukit Tarik dan Rantau Panjang yang didakwa “berat sebelah” dan memberi keuntungan kepada pihak yang mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno-BN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata perkara itu pernah dibangkitkan beliau dalam sidang DNS Belanjawan 2012.

“Maklum balas diterima didapati pada 22 Februari 2001 Kerajaan Negeri telah menandatangi satu perjanjian konsesi dan pajakan dengan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

?Di mana PKPS diberi konsesi tanah hutan simpan Bukit Tarik dan Rantau Panjang seluas 5,000 hektar untuk tempoh pajakan 60 tahun.

“Dari situ PKPS menjalankan usahasama dengan beberapa syarikat di mana ada antara syarikat tersebut melibatkan pemimpin Umno-BN,” katanya.

Azmin berkata, usahasama lebih memihak kepada syarikat pemajak yang menjalankan pelbagai projek penanaman di kawasan hutan simpan tersebut.

“Menurut semakan saya PKPS akan mendapat pulangan RM 40 juta daripada pajakan tanah seluas 10,000 hektar manakala syarikat pemajak pula mendapat keuntungan lebih empat peratus.

“Saya difahamkan jumlah keseluruhan bayaran diterima PKPS hanya RM 700,000 sahaja pada 2009 daripada hasil hutan simpan Bukit Tarik dan Rantau Panjang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.