Categories
SELANGOR

Belanjawan Selangor 2013 : RM50 Juta Bina Rumah Mampu Milik Pasang Siap

SHAH ALAM 19 NOV : Sejumlah RM50 juta akan diperuntukkan bagi tujuan pembinaan Rumah Mampu Milik melalui projek ?Rumah Mampu Milik Pasang Siap? (Prefabricated Packages Home) yang bakal dikendalikan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor mulai tahun depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata inisiatif itu bertujuan membantu rakyat yang terbeban dengan harga rumah yang melambung di pasaran pada ketika ini.

Katanya, projek itu diyakini mampu memberi keseimbangan terhadap harga tinggi dalam trend lonjakan harga rumah kesan daripada penawaran dan permintaan pasaran akibat pengambilan untung yang keterlaluan dikalangan pemaju.

Beliau berkata melalui projek itu, Kerajaan Negeri berhasrat untuk memperbaiki kesan-kesan harga pasaran yang terjadi akibat aktiviti persaingan spekulasi dalam perniagaan hartanah.

“Kerajaan Negeri Selangor yakin rizab negeri yang tinggi ini adalah hasil daripada perbelanjaan berhemat yang dilakukan pemimpin.

“Oleh sebab sikap Kerajaan Persekutuan yang tidak berlaku adil kepada rakyat Selangor dalam hal menyalurkan dana pembangunan ke negeri ini, sudah tiba masanya Kerajaan Negeri menggunakan rizab negeri pada tahun 2013.

“Justeru, kita bercadang menggunakan sejumlah RM500 juta dari wang rizab bagi projek pembangunan antaranya projek itu,” katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2013 di Dewan Negeri Selangor sebentar tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.