Categories
NASIONAL

Dayangku Intan Mahu Rakyat Bangkit Tumbangkan Umno-BN

KUALA LUMPUR, 14 NOV : Sokongan padu yang diberikan golongan artis kepada Umno-BN selama lebih 50 tahun telah mengakibatkan mereka ditekan dan kebajikan mereka diabaikan.

Pengalaman ini diceritakan oleh penyanyi terkenal 90-an Dayangku Intan Tengku Hamid, 41, atau lebih dikenali Dayangku Intan.

“Saya sebagai artis mengalami nasib begini apabila selama ini memberikan sokongan kepada Umno-BN.

?Mereka mengambil kesempatan atas diri kita. Umno-BN hanya pentingkan diri mereka dan golongan berkepentingan yang terlibat dengan mereka,? katanya di dalam ucapan di ceramah Pakatan Rakyat di Setapak di Sini, semalam.

Umno-BN katanya, hanya berusaha untuk menjaga kebajikan artis selepas ia melihat semakin ramai golongan itu bangkit dan menentang pentadbiran mereka.

?Sekarang bila rakyat mula bangkit, mereka sedar serta mula mahu menjaga kepentingan rakyat termasuk golongan artis dengan pelbagai janji dan bantuan yang ingin diberi supaya terus menyokong mereka,” katanya.

Oleh itu katanya, rakyat perlu bangkit dan menjatuhkan kerajaan Umno-BN dalam pilihanraya akan datang supaya masa depan mereka lebih terbela.

Dayangku Intan turut menghibur 3,000 hadirin di ceramah itu dengan beberapa lagu popularnya seperti “Berpaut Di Dahan Cinta”.
Dayangku Intan menyertai PKR pada April lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.