Categories
SELANGOR

Penternak Mesti Ikut Peraturan, Pindah Ke Hulu Selangor

SUBANG JAYA, 5 NOV : Penternak lembu dan kambing di Selangor diminta mematuhi peraturan ditetapkan Kerajaan Negeri dengan memindahkan ternakan ke tanah yang telah disediakan di Hulu Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri membuat perancangan tersusun bagi menangani masalah penternak di mana haiwan mereka dilepaskan di tanah berhampiran kawasan perumahan.

“Mereka kena pindah di sana di mana mereka dapat tanah. Mereka juga dapat menjaga lembu dan kambing dengan cara yang teratur.

“Kerajaan Negeri sudah buat program iaitu sediakan lebih dari 100 ekar tanah di Hulu Selangor untuk tujuan itu.

?Sekarang ini lebih 10 penternak sudah menempatkan ternakan mereka di sana,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Hakmilik Kepada Pembeli Lestari Perdana di sini semalam.

Berhubung dakwaan golongan penternak di Subang Jaya yang menerima notis berpindah, Abdul Khalid berkata, perbincangan dengan mereka akan diadakan bagi mencari jalan penyelesaian.

“Setengah dari mereka dulunya menternak lembu dan kambing di kawasan tepi rezab sungai. Kita tidak galakkan lagi sebab ada kawasan perumahan di sana.

“Pemilik rumah juga komplain terdapat lembu dan kambing mengganggu ketenteraman mereka,” katanya yang menjelaskan kebanyakan penternak tidak memiliki kawasan tanah sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.