Categories
NASIONAL SELANGOR

Selangor Gantung Sementara Projek Prasarana Persekutuan – INFO 12


 

Sinopsis

Info 12 Untuk 22022013

Saksikan secara langsung “INFO 12” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT setiap jam 12.00 tengahari. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk 22 FEBRUARI 2013 :

1. Kerajaan Selangor gantung semua projek pembangunan persekutuan buat sementara waktu sebagai respon terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam di dalam kes dua tiang kamera AES yang dipasang di lebuhraya di dalam kawasan Sepang.

2. Hakim Mahkamah Syariah Selangor diingatkan supaya tidak melengah-lengahkan keputusan kes penceraian dan pembahagian harta kerana masih terdapat banyak rungutan berhubung kes tersebut.

3. Puncak Niaga, Abbas, Splash dan Syabas boleh membawa tawaran RM 9.65 bilion ke Jawatankuasa Timbang Tara sekiranya tidak berpuas hati dengan jumlah Kerajaan Negeri.

4. PAS mengambil pendekatan sama memperkenalkan kenderaan kempen mereka sendiri selepas rakan komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

5. Isu pergolakan pentadbiran PAS Kedah disifatkan sebagai hanya mainan satu ‘berita pilihan raya’.

Leave a Reply

Your email address will not be published.