Categories
NASIONAL

Pengendali Laman Web Papagomo Didakwa Pengundi Hantu, Bekas Polis Rasuah

Papa Gomo

PETALING JAYA, 22 MAC : Individu yang mengandalikan laman Papagomo, blog yang terkenal sebagai anti-Pakatan Rakyat (PR) didakwa seorang bekas korporal anggota polis trafik yang telah dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan memeras ugut.

Siasatan PKR mendapati pengendali laman web itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris dijatuhkan hukuman pada 2012 kerana didapati bersalah memeras ugut seorang penagih dadah pada tahun 2004.

PKR juga mendakwa Wan Muhammad Azri adalah seorang pengundi hantu yang tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dan dalam masa sama, pengundi biasa di Parlimen Wangsa Maju.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, semakan parti itu di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati Wan Muhammad Azri memiliki dua kad pengenalan.

Satu daripadanya adalah kad pengenalan polis ketika berkhidmat sebagai koperal polis trafik dan satu lagi kad pengenalan awam.

Rafizi-Deepak-01“Papagomo yang tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di IPD Ampang.

“Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama dan mendapati beliau juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa menggunakan kad pengenalan awam.

?Ini adalah sesuatu yang amat mengejutkan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.

Menurut Rafizi, oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan dalam sistem semakan daftar undi SPR, PKR kemudiannya menyemak alamat-alamat yang pernah digunakan Papagomo dalam dokumen rasmi.

Tegasnya, semakan tersebut mendapati Papagomo sememangnya menggunakan dua alamat berbeza secara seiringan di dalam dokumen rasmi bersabit penguam dan mahkamah iaitu di :

* Villa Danau Apartment, Taman Danau Kota (Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami)

* Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang (alamat kedua dalam Parlimen Ampang).

“Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi sebanyak dua kali.

“Kehadiran pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh SPR kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?” soalnya.

Katanya lagi, sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa badan itu sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno-BN dalam pilihan raya umum akan datang melalui daftar pengundi yang tidak bersih.

Papagomo adalah antara laman web pro-Umno yang terkenal dengan penyebaran bahan berita yang didakwa adalah fitnah terhadapap parti-parti PR.

Pada Mac 19, Ketua Umm PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM 100 juta terhadap Wan Muhammad Azri kerana menyebarkan gambar lucah dengan tujuan memfitnahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.