Categories
NASIONAL

Pimpinan PR Hargai Professionalisme Pasukan Keselamatan Tangani Isu Pencerobohan Sabah

ceramah kampung baru 01

KUALA LUMPUR 22 MAC : Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menghargai jasa pengorbanan dan professionalisma anggota pasukan keselamatan dalam menangani penceroboh bersenjata di Sabah.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan mengkritik Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammudin Hussin dan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu itu tidak bermakna pimpinan PR mengkritik pasukan keselamatan.

“Sekarang ini apa yang berlaku apabila Barisan Nasional gagal dalam menangani isu itu maka mereka menyalahkan pimpinan Pakatan Rakyat,” kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Nurul Izzah mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar New Straits Times (NST) ekoran penyiaran artikel yang mendakwa beliau memperlekeh usaha anggota keselamatan di Sabah.

Nurul Izzah menyifatkan rencana yang bertajuk ?Nurul Izzah hits out at police? adalah berniat jahat kerana didakwa memutarbelit ucapan ceramah beliau di Jemapoh, Negeri Sembilan pada 19 Mac lalu.

Beliau berkata demikian semasa Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman Shah di Kampung Baru di sini.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang memperlekeh atau menghina pasukan keselamatan seperti yang didakwa media pro- Umno-BN mutakhir ini.

“Yang saya bawa adalah isu media ‘blackout’ semasa kejadian pencerobohan di Sabah itu berlaku,” katanya.

MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata, tindakan media massa menuding kesalahan terhadap Tian Chua kes pencerobohan itu merupakan tindakan pimpinan BN untuk menutup kesalahan dan kegagalan mereka dalam isu itu.

Turut hadir dalam ceramah itu, MP Kepong, Dr Tan Seng Giaw dengan kira-kira 1,500 hadir dalam program ceramah itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.