Categories
NASIONAL

Pimpinan PR Hargai Professionalisme Pasukan Keselamatan Tangani Isu Pencerobohan Sabah

ceramah kampung baru 01

KUALA LUMPUR 22 MAC : Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) menghargai jasa pengorbanan dan professionalisma anggota pasukan keselamatan dalam menangani penceroboh bersenjata di Sabah.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, tindakan mengkritik Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammudin Hussin dan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu itu tidak bermakna pimpinan PR mengkritik pasukan keselamatan.

“Sekarang ini apa yang berlaku apabila Barisan Nasional gagal dalam menangani isu itu maka mereka menyalahkan pimpinan Pakatan Rakyat,” kata Nurul Izzah.

Sebelum ini, Nurul Izzah mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar New Straits Times (NST) ekoran penyiaran artikel yang mendakwa beliau memperlekeh usaha anggota keselamatan di Sabah.

Nurul Izzah menyifatkan rencana yang bertajuk ?Nurul Izzah hits out at police? adalah berniat jahat kerana didakwa memutarbelit ucapan ceramah beliau di Jemapoh, Negeri Sembilan pada 19 Mac lalu.

Beliau berkata demikian semasa Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman Shah di Kampung Baru di sini.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang memperlekeh atau menghina pasukan keselamatan seperti yang didakwa media pro- Umno-BN mutakhir ini.

“Yang saya bawa adalah isu media ‘blackout’ semasa kejadian pencerobohan di Sabah itu berlaku,” katanya.

MP Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata, tindakan media massa menuding kesalahan terhadap Tian Chua kes pencerobohan itu merupakan tindakan pimpinan BN untuk menutup kesalahan dan kegagalan mereka dalam isu itu.

Turut hadir dalam ceramah itu, MP Kepong, Dr Tan Seng Giaw dengan kira-kira 1,500 hadir dalam program ceramah itu.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Hutang Negara Semakin Bengkak Dalam Belanjawan Negara 2013

KUALA LUMPUR, 28 Sept : Hutang negara yang semakin bengkak ekoran perbelanjaan Belanjawan Negara 2013 yang tinggi mendapat perhatian pemimpin Pakatan Rakyat yang risau ia akan tenggelamkan ekonomi negara.

MP Pakatan yang ditemui juga berpendapat, belanjawan tersebut tidak mengambil kira keadaan ekonomi antarabangsa dan domestik yang semakin mencabar dan akan memberi kesan kepada pendapatan negara.

Mereka juga berkata belanjawan tidak mengambil kira masalah struktur ekonomi yang sarat dengan monopoli kroni Umno-BN yang mengakibatkan harga tinggi bagi barangan dan perkhidmatan.

Ini berbeza kata mereka, dengan belanjawan Pakatan Rakyat yang mengstruktur-semula asas ekonomi negara supaya pendapatan rakyat ditingkatkan, mengalakkan daya saing yang sihat dalam bidang keusahawanan dan melahirkan masyarakat yang saksama.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan belanjawan kerajaan pusat yang berjumlah RM 251.6 bilion.

Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2013.

Manakala Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat yang diumumkan pada  26 September, memperuntukkan RM 234 bilion dengan defisit yang berjumlah 3.5 peratus dari KDNK.

Berikut adalah petikan respons dari MP Pakatan :

 

MP Gombak Azmin Ali

?Apa yang saya tegaskan tadi pengumuman bajet amat mengejutkan.

?Kita harus memberi unjuran gambaran situasi ekonomi dunia yang sudah tentu akan beri kesan langsung kepada ekonomi domestik tetapi Menteri Kewangan langsung tidak sentuh.

?Apa yang amat menyedihkan, rakyat biasa kelas menengah dan rakyat miskin diberikan sogokan kecil one off seperti BRIM tetapi untuk tauke besar dan kroni pemerintah, diberikan insentif 10 tahun seperti yang diumumkan tadi iaitu Tun Razak Exchange.

 

 MP Bagan Lim Guan Eng

?Kalau melihat hutang pula, RM 456 billion untuk tahun lepas (meningkat) kepada RM 502 billion untuk tahun ini.

?Yang lebih dapat banyak manfaat masih kroni-kroni yang dapat banyak projek yang telah dijanjikan Ini adalah janji ditepati kepada kroni-kroni.

?Janji dalam buku jingga dapat dilaksanakan jika kita memerintah Putrajaya dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ianya bukan untuk kroni-kroni.?

 

 

 

 

MP Kepong Dr Tan Seng Giaw

?Ia merupakan peruntukan bajet yang amat besar berbanding dengan tahun lalu.

?Tetap ada beberapa perkara yg belum dibuat misalnya utk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah) kerana kita ingin mencegah ketirisan.

?Sebab itu defisit sekarang ialah RM 43 bilion dan kalau kita tiada badan yang betul-betul boleh uruskan ini kita susah untuk hadapi masalah kerana hutang negara telah melebihi 54 peratus KDNK.

?Bajet ini secara keseluruhannya untuk pancing undi pada pilihanraya akan datang. Yang penting kerajaan perlu atasi defisit.?

 

 

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar

?Belanjawan yang diumumkan hari ini tidak menjelaskan sumber-sumber pertumbuhan pada masa akan datang.

?Bayangkan cukai peribadi personal income tax diturunkan satu peratus jadi saya tertanya-tanya kritikan sebelum ini mengatakan tidak ada sumber pertumbuhan yang dikemukakan oleh Pakatan.

?Kenapa hari ini terlalu bersifat budaya amat memperlihat pembelian undi dan juga tidak benar-benar cuba menyelesaikan masalah struktur ekonomi Malaysia?

?Jadi saya bimbang kalau pun Pakatan berjaya meneraju pemerintahan kita akan mewarisi ekonomi yang bankrup.?

Categories
SELANGOR

PDRM Didesak Jaga Seluruh Kuala Lumpur

SHAH ALAM 30 JULAI : Pakatan Rakyat Kuala Lumpur mendesak Polis diRaja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperluas operasi mencegah jenayah ke seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Pakatan difahamkan sebanyak 90 anggota PDRM dari Bukit Aman dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dikerah untuk menjaga keselamatan penduduk di Lembah Pantai.

Anggota tersebut juga diarahkan ke Desa Seri Hartamas dan Taman Tun Dr Ismail yang terletak dalam kawasan parlimen Segambut.

Bagaimanapun, lapan wakil rakyat Pakatan Rakyat mendesak agar PDRM memperluaskan operasi bukan hanya menumpukan dua kawasan parlimen itu sahaja.

Desakan tersebut dikeluarkan MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Tan Sri Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak), Dr Tan Seng Giaw (Kepong), Tian Chua (Batu), Tan Kok Wai (Cheras) dan  Teresa Kok (Seputeh).

Turut mendatangani kenyataan tersebut Fong Kui Lun (Bukit Bintang) Lim Lip Eng (Segambut) dam Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa.

?Penduduk Kuala Lumpur sudah letih dan jemu mendengar khabar kejadian rompakan, penculikan, dan lain-lain jenayah yang tidak berkurangan walaupun dilaporkan kadar jenayah makin menurun,? kenyataan itu berkata.

MP Bukit Bendera, Liew Chin Tong pernah membangkitkan statistik yang hingga Januari 2011 kurang daripada 14 peratus dari 105,929 orang anggota PDRM ditugaskan untuk siasatan jenayah.

Iaitu 8 peratus di Jabatan Siasatan Jenayah, 4 peratus di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan 1.3 peratus di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.

Daripada statistik itu, Pakatan turut menggesa PDRM untuk meningkatkan jumlah anggota polis yang ditugaskan untuk siasatan jenayah bukan dengan tindakan menambah jumlah anggota polis secara keseluruhannya.

Anggota itu boleh di latih semula dan memasukkan anggota polis dari jabatan lain ke jabatan siasatan jenayah.

?Ia adalah langkah positif yang sepatutnya dilaksanakan daripada peringkat awal, bagaimanapun kontroversi penurunan statistik telah dijadikan alasan oleh kerajaan BN untuk berlengah-lengah sebelum bertindak.?