Categories
NASIONAL SELANGOR

Abdul Khalid Mungkin ke DUN Pelabuhan Klang, Dr Idris Ahmad Tanding Ijok

dr idris ahmad ijok mb 01

BESTARI JAYA 13 APRIL : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan gambaran bahawa kerusi DUN Ijok yang disandang beliau salam satu penggal mungkin akan dipertandingkan oleh Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad.

Manakala Abdul Khalid berkata beliau mungkin akan bertanding di DUN Pelabuhan Klang dalam Pilihan Raya Umum-Ke-13 ini.

Namun ujar Abdul Khalid, keputusan akhir akan dimuktamadkan dalam mesyuarat PKR minggu hadapan. Keputusan mesyuarat tersebut akan dimaklumkan kepada pengundi Ijok sebelum penamaan calon yang akan berlangsung pada 20 April ini.

“Dr Idris Ahmad ini adalah orang Ijok, emak dan ayahnya juga berasal dari orang Ijok dan ramai saudara mara beliau berada di Ijok.

“Kita bukan hanya untuk menang dalam satu dan dua tempat tetapi di seluruh negeri,” kata Abdul Khalid, sambil memperkenalkan Dr Idris di dr idris ahmad ijok mb 02dalam satu majlis Program Pemeriksaan Kesihatan yang diadakan di Homestay Ubudiah Batu 4, Ijok di sini.

Jelas Abdul Khalid, keputusan itu bukan bermakna beliau lari ke kawasan lain tetapi adalah untuk memastikan kedudukan Pakatan Rakyat kukuh untuk menerajui negeri selepas PRU-13 ini.

“Kita sudah ada mempunyai bilik gerakan dan gerak kerja serta bekerja sebagai sepasukan dalam Pakatan Rakyat. Kita Pakatan Rakyat di sini tidak ada masalah untuk melaksanakan gerak kerja (pilihanraya),” kata beliau.

“Saya akan berjumpa dengan penyokong di Pelabuhan Klang esok dan jika mereka sokong saya bertanding, saya akan usahakan kejayaan lebih besar untuk Pakatan Rakyat.

“Saya harap penyokong di DUN Ijok terus sokong calon yang dipersetujui pimpinan. Saya ucapkan terima kasih banyak di atas segala sokongan dan pertolongan mereka selama ini,” kata Abdul Khalid.

Turut hadir bekas MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Noraini Roslan.

Dalam PRU-12, Abdul Khalid memenangi kerusi DUN Ijok dengan mengalahkan calon BN dengan majoriti 1,920 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.