Categories
NASIONAL

Kereta Anak Perempuan Exco Selangor Dibakar

kereta xavier bakar 26 apr 01

KLANG 26 APRIL : Sebuah kereta milik anak perempuan calon PKR Seri Andalas, Dr  Xavier Jeyakumar rosak akibat dibakar di rumahnya, di Taman Klang Jaya, awal pagi tadi.

Sangheta Jeyakumar, 30, berkata beliau percaya kejadian itu bermotifkan politik kerana beliau sering mengikuti bapanya berkempen.

Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 11 malam disedari oleh jirannya apabila dua lelaki memanjat ke dalam pekarangan rumahnya sebelum bertindak memecahkan tingkap kereta dan melempar masuk tong berisi minyak petrol.

“Semasa kejadian, saya berada di Bilik Gerakan DUN Sri Andalas. Pada waktu itu, suami saya dan anak berumur setahun sedang tidur di dalam rumah.

“Jiran-jiran yang menyedari menjerit meminta pertolongan. Dua lelaki suspek itu mengugutnya dengan mahu menyimbah petrol ke arahnya, namun bertindak melarikan diri apabila ramai jiran-jiran ke luar melihat kejadian.

“Akibatnya kereta saya dibakar sehingga tahap ‘total loss’. Nasib mereka tidak sempat membakar sebuah lagi kereta suami saya,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Dun Andalas, di sini.

Hadir sama Calon yang juga Penyandang DUN Sri  Andalas, Dr Xavier Jayakumar dan Ketua AMK Negeri, Azmizam Zaman Huri.

Beliau menambah kerugian kereta jenis Ford Fiesta itu hampir RM85,000.

” Nasib baik polis dan bomba tiba di tempat kejadian dengan pantas sebelum api merebak masuk ke rumah.

” Dalam kereta tiada dokumen penting selain senarai pengundi yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia namun dapat diselamatkan disebabkan berada di dalam bonet kereta,” katanya.

Jelasnya, menurut saksi kejadian, selain dua suspek yang melontar petrol itu, dua lagi lelaki lain menunggu di dalam kereta jenis Kia Spectra berwarna perak.

Sangetha yang juga Exco AMK Pusat mengecam tindakan berunsurkan politik ganas.

” Tindakan ganas ini menjadikan keluarga saya trauma. Tetapi walaupun berlaku kejadian ini, ia tidak akan membakar semangat kami untuk memperjuangkan dasar-dasar Pakatan Rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, seramai 100 orang penyokong BN membuat provokasi dengan menaiki motosikal di hadapan rumahnya selepas pihak polis dan bomba berjaya memadamkan api.

Mereka yang dikenali sebagai kumpulan Waris Malaya memakai baju BN membuat bising dan hampir tercetus pergaduhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.