Categories
NASIONAL SELANGOR

PKR Lancar Video Kempen Wanita ‘Tangan Mu’

PKR Lancar Video Kempen Wanita 'Tangan Mu' 01

PETALING JAYA, 11 APRIL : PKR hari ini melancarkan video Wanita “Tangan Mu’ bagi membantu parti itu untuk mengangkat darjat wanita yang merupakan salah satu tunggak kepada pembangunan negara.

Perlancaran video berkenaan disempurnakan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Menurut Wan Azizah, Pakatan Rakyat (PR) berusaha untuk memenuhi sasaran 30 peratus penglibatan wanita di peringkat pengurusan, kepimpinan dan pentadbiran sektor awam dan swasta menjelang tahun 2017.

“Pengorbanan wanita tidak hilang dari perhatian Manifesto Pakatan.

“Manifesto Pakatan mewajibkan para suami mencarum mengikut kadar pendapatan ke dalam satu Caruman Wanita Malaysia supaya golongan wanita akan sentiasa diberi pembelaan,” katanya.

Dr Wan Azizah menambah insentif penjagaan anak sebanyak RM 1,000 setahun untuk kanak-kanak 12 tahun ke bawah yang terkandung dalam Manifesto Rakyat dapat mengurangkan bebab keluarga berpendapatan rendah.

“Walaupun jumlah RM 1,000 setahun mungkin berbunyi sedikit, akan tetapi sebagai seorang ibu, setiap sen dikira dalam membesarkan anaknya, ianya mungkin bantuan yang kecil.

“Akan tetapi ianya tetap suatu bantuan yang boleh meringankan beban,” katanya lagi.

Turut hadir ketika perlancaran video berkenaan adalah Timbalan Ketua Wanita PKR, Rodziah Ismail.

Video berkenaan boleh ditonton di

https://www.youtube.com/watch?v=we7srrxFwOE&feature=youtube_gdata_player

Leave a Reply

Your email address will not be published.