Categories
NASIONAL

Anwar Yakin “Ini Kalilah”

anwar ceramah kuang 01 mei 01

KLANG 1 MEI 2013 : Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berasa yakin Pakatan Rakyat (PR) akan mengambilalih pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN) selepas Pilihanraya Umum ke 13 (PRU) pada Ahad ini.

Keyakinan itu disuarakannya dalam program ramah mesra bersama rakyat di Taman Klang Utama di sini hari ini yang dihadiri lebih 5,000 orang sebagai tanda sokongan terhadapnya dan PR dengan laungan “Reformasi” dan “Ubah”.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau berasa terharu dengan sokongan rakyat yang semakin bertambah kepadanya biarpun dia pernah dipenjara dan berterusan difitnah dengan pelbagai dakwaan berkaitan isu moral oleh pihak lawan.

“Sebab itu bila saya susah dipenjarakan dengan kena tendang, kena maki, kena pukul dan diberi malu. Ada orang beritahu saya itu bagus kerana sampai masanya saya akan naik memimpin.

“Jadi jangan lupa, sakit kamu tahu sakit, susah kamu tahu susah, miskin kamu tahu miskin, malu kamu tahu malu. anwar ceramah kuang 01 mei 02

?Bila kamu diangkat sebagai pemimpin di Putrajaya, jangan lupa dengan jangan beri mana-mana anak kita sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dan yang lain rasa sakit derita macam mana kamu rasa dahulu,” katanya.

Berikutan sokongan rakyat yang luarbiasa terhadap PR menjelang pilihanraya ini, Anwar memberi amaran kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) supaya menjalankan pilihanraya secara bebas dan adil.

“Tolong hormat suara rakyat. Kalau dia nak Pakatan Rakyat maka Pakatan Rakyat, kalau dia nak Barisan Nasional maka Barisan Nasional.

“Tetapi bukan orang lain tentukan, bukan Umno-BN, bukan SPR yang tentutkan siapa undi siapa,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.