Categories
NASIONAL

Wanita Sambut Baik Tawaran Pakatan Rakyat

wan azizah pakatan harapan wanita 02

SHAH ALAM 1 MEI : Golongan wanita menyambut baik tawaran yang diberikan Pakatan Rakyat(PR) dalam manifesto yang akan mengiktiraf golongan tersebut.

Pisnawati Mohd Sabri ,52, ketika ditemui dalam Majlis Pemasyuran Pakatan Harapan Wanita di sini pagi tadi menyatakan kesediaannya memangkah PR pada 5 Mei nanti.

“Ini semua yang kita inginkan terutama dalam soal mengurangkan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat, lebih-lebih lagi kesannya kepada saya seorang ibu tunggal yang masih bekerja.

“Harapan saya sangat besar untuk melihat kita mempunyai barisan kepimpinan kerajaan yang baru, dengan wajah baru supaya rakyat bawahan seperti saya ini tidak lagi terbeban.

“Lima tahun di bawah Pakatan (Rakyat) di Selangor, saya yakin martabat dan kebajikan wanita akan terus dijaga,” jelasnya yang hadir bersama anak dan dua wan azizah pakatan harapan wanita 03 cucu di majlis tersebut.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Padang Jawa, Rahilah Arshad berkata sepanjang tempoh kempen berjalan, golongan wanita termasuk yang di atas pagar menunjukkan reaksi menggalakkan terhadap tawaran PR.

“Kita dapati strategi kita berkempen daripada pintu ke pintu bagi menerangkan  agenda PR termasuk agenda khusus untuk wanita, nampaknya berjaya membuka mata mereka.

“Tempoh empat hari ini pastinya kami pasukan gerakan dan calon-calon sendiri akan bekerja dengan dua atau tiga kali ganda untuk mengekalkan sokongan positif yang diterima serta terus menambah sokongan baru,” ujar Rahilah.

Terdahulu ketika melancarkan majlis berkenaan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PR sedar dan sentiasa mengiktiraf peranan golongan wanita dalam agenda pembangunan negara, termasuk golongan surirumah yang seringkali dipinggirkan peranan penting mereka.

Antaranya, PR memberi jaminan kewangan, keselamatan, kesihatan, pendidikan anak-anak, keusahawanan dan kesejahteraan wanita sekiranya berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru.

wan azizah pakatan harapan wanita 01“Kita akan mewujudkan sistem sokongan yang sepatutnya dinikmati wanita termasuk dalam soal kesamarataan peluang kenaikan gaji dan pangkat.

“Bagi memantapkan institusi keluarga, kita juga akan menyemak kembali dasar pertukaran pekerja bagi memastikan suami isteri dapat hidup bersama membina dan membentuk keluarga,” jelas Wan Azizah di hadapan lebih 200 hadirin yang hadir di Padang Jawa di sini.

Hadir sama ialah calon DUN Batu Tiga, Rodziah Ismail yang juga Exco Kerajaan Negeri, Pimpinan Muslimat PAS, Dr. Mariah Mahmud juga calon parlimen Kota Raja serta Pimpinan Wanita DAP, Hannah Yeoh calon DUN Subang Jaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.