Categories
NASIONAL

PKR Seri Muda Pasang ‘Spy’ Awasi Bahan Kempen

PKR Seri Muda Pasang

SHAH ALAM 2 MEI : Jentera PKR Sri Muda akan menggunakan ?spy? bagi mengawasi bahan kempen yang dipasang di sekitar kawasan tersebut selama 24 jam dan akan menahan individu jika didapati cuba merosakkan bahan tersebut.

Calon PKR DUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, tindakan itu diambil susulan kejadian bakar bendera dan kes bunting mengandungi gambar calon yang dikoyak serta diconteng dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi 1 Mei lalu.

Katanya, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu dilakukan di sekitar Kampung Baru 1, Kampung Baru 2, Kampung SC dan Kampung Jalan Kebun, di sini.

?Dalam Akta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), perbuatan menurunkan, membakar dan merosakkan bendera adalah salah dan saya ingin memberi amaran kepada pihak-pihak ini supaya tidak mengulangi perbuatan sedemikian.

?Sesiapa saja yang terlibat, ?spy? kita akan tangkap mereka dan laporkan kepada polis. Mereka akan berdepan hukuman penjara 12 tahun mengikut akta sedia ada,? katanya ketika ditemui selepas Majlis Watikah Pelantikan Ejen Tempat Mengundi, Ejen Mengira Undi dan Ejen Barung (Pacaba) DUN Sri Muda, di sini.

Shuhaimi menggesa polis menyiasat perkara ini kerana kita mempunyai maklumat mereka yang melakukan kerosakan ini.

?Perbuatan ini harus dibendung kerana ia dikhuatiri akan mengakibatkan unsur provokasi kepada jentera-jentera parti kita,? katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PKR Selangor itu mengecam tindakan pihak lawan yang didakwa menggunakan remaja sekolah bermotosikal yang menimbulkan keadaan tidak tenteram kepada masyarakat.

? Di Kampung Jalan Kebun, ada sekitar 100 motosikal pusing (keliling kawasan kampung) memakai baju logo parti lawan dan ada yang tidak menggunakan topi keledar. Ini menimbulkan kegelisahan di kalangan pemandu-pemandu lain.

? Tindakan mempergunakan budak sekolah ini adalah kerana jentera parti mesti berusia 21 tahun ke atas. Anak-anak kecil seelok-eloknya tidak dilibatkan dalam kerja-kerja sebagai jentera pilihan raya kerana akan ganggu pembelajaran mereka,? katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.