Categories
NASIONAL SELANGOR

Bapa Saiful Bukhari Menghadapi Tekanan Kuat

azlan lazim bapa saiful masuk PKR 03

SHAH ALAM 01 MEI : Bapa Saiful Bukhari Azlan, yang hari ini telah menarik balik permohonan maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, di dakwa menghadapi tekanan kuat daripada Umno, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Datuk Johari Abdul.

?Beberapa hari sebelum ini En Azlan Mat Lazim telah menghubungi saya dan menyatakan beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat dari UMNO.

?Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin ?penarikan balik? pengakuannya ini adalah natijah dari tekanan ini, Johari berkata dalam satu kenyataan.

Johari berkata demikian di dalam responsnya terhadap berita hari ini bahawa Azlan telah menarik balik permohonan maafnya kepada Anwar mengenai kes liwat Ketua Pembangkang itu dengan anaknya Saiful Bukhari.

Azlan membuat permohonan maaf itu pada 8 Mac di mana beliau mendakwa kes liwat itu adalah satu ?konspirasi politik?.

Beberapa hari kemudian, beliau juga telah memohon untuk menyertai PKR.

Hari ini pula, Azlan mendakwa ke liwat anaknya adalah benar dan  ?bukan satu konspirasi politik?.

Johari berkata permohonan Azlan untuk menyertai PKR belum diluluskan.

?Saya juga ingin menjelaskan di sini, bahawa En Azlan Mat Lazim yang meminta untuk bertemu kami dan bukan sebaliknya.

?Beliau dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik,? kata Johari.

Leave a Reply

Your email address will not be published.