Categories
NASIONAL SELANGOR

PR Harap KPN Baru Dapat Mengangkat Profesionalisma Polis

kit siang 01

PETALING JAYA, 15 MEI: Pakatan Rakyat(PR) mengharapkan Ketua Polis Negara(KPN) yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar dapat mengangkat tahap profesionalisma polis dengan

lebih adil dan bertanggungjawab.

Untuk itu, dalam masa terdekat pihak PR berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Khalid bagi mengeratkan lagi hubungan di antara pihak polis dan PR dalam usaha menjaga keamanan dan keselamatan negara

Hasrat ini dilontarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PR di ibu pejabat PKR di sini.

“Kita juga mengharapkan beliau dapat membantu mengangkat tahap profesionalisma polis dengan adil, mematuhi peraturan undang-undang dan tidak dilihat dalam persepsi rakyat menekan
mana-mana pihak terutama pembangkang di negara kita,” katanya.

Khalid dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru berkuatkuasa Jumaat (17 Mei) bagi menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat kontrak.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli mahu Khalid memberikan perhatian kepada isu perkauman yang dicetuskan kerajaan Umno BN untuk tugas pertamanya.

“Oleh itu tugas profesional ketua polis negara yang pertama untuk memantau dan menyelesaikan isu perkauman yang ditimbulkan,” katanya lagi.

Tegasnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang bertanggungjawab memulakan kenyataan ‘tsunami Cina pada malam pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Dalam pada itu Anwar turut menyatakan PR menolak sebarang penganjuran himpunan bagi menumbangkan kerajaan.

Tegas Anwar, PR hanya akan menyertai perhimpunan aman yang dianjurkan oleh NGO berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.