Categories
NASIONAL

“Tsunami Malaysia” Desak Najib Undur

himpunan suara rakyat kelana jaya crowd 02

KELANA JAYA, 9 MEI: ‘Tsunami Malaysia’ berlangsung di Stadium Kelana Jaya ekoran kehadiran luar biasa rakyat pada Pidato Suara Rakyat Suara Keramat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dikatakan sarat dengan penipuan.

Meskipun hujan turun, kebanjiran rakyat menyebabkan kesesakan berlaku sepanjang Lebuhraya Damasara Puchong dari Bandar Utama hingga ke Puchong.

Dengan tema baju hitam, lebih 50,000 rakyat Malaysia membanjiri kawasan stadium dan sekitarnya dengan semangat sebangsa, sejiwa dan senegara.

Dihostkan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abadul, barisan pimpinan Pakatan Rakyat hadir memberikan ucapan sambil disambut dengan kemeriahan penyokong.

Antara desakan paling hebat dilontarkan pimpinan PR adalah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur ekoran penipuan dan penyelewengan yang himpunan suara rakyat kelana jaya auntie bersih 01berlaku dalam PRU-13.

Meskipun tewas di Parlimen Pekan, Koordinator Jingga-13, Fariz Musa menyatakan kesedian untuk berhadapan penyandang, Najib Razak sekali lagi di kawasan berkenaan seandainya diberikan peluang sekali

Selain itu, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang memulakan pidato rakyat menyatakan kebangkitan perubahan rakyat menolak penyelewengan akan diteruskan di Sabah.

Paling mencuri tumpuan ucapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gembira diatas sokongan rakyat mempertahankan Negeri Selangor sehingga berjaya mengalahkan Umno-BN Selangor yang diketuai oleh Najib sendiri.

“Terima kasih kerana mempertahankan Selangor. Najib tidak boleh kalahkan Selangor kerana kamu (rakyat).

“Kita bukan sahaja mahu menang tapi keadilan. Marilah kita menantang kezaliman dan ketidakadilan dalam pengundian.

“Kita semua yang akan menetukan negara. Bukan Najib atau SPR tetapi kita semua,” katanya ringkas.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa warga Thailand dibawa masuk untuk mengundi di kawasan pendalaman di Kedah.
“Undi awal, undi pos tidak ada celup jari (dakwat kekal). Kalau tolak undi pos dan undi awal, rakyat Malaysia undi PR 60 peratus.

“Pembohongan mereka berterusan, rakyat bangkit menuntut demokrasi.

himpunan suara rakyat kelana jaya crowd 03“Mereka cuba main isu perkauman. 5 Mei bukan Tsunami Cina, tapi Tsunami rakyat Malaysia. Bukan soal kaum, kita lawan rasuah dan penyelewengan,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat berbilang kaum yang mengundi beliau di Parlimen Gelang Patah sekaligus menumpaskan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurutnya, politik perkauman merupakan budaya lama sehingga mengakibatkan tangan persahabatan ‘syaitan yang dikenali’ ditolak rakyat.

Dalam pidato ini, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut mendeklamasikan sajak betajuk ‘Ibu Segala Tipu’ yang ditulis khas tiga jam sebelum perhimpunan berlangsung.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib-naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan N Surendran.

Turut hadir Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen  himpunan suara rakyat kelana jaya A Samad Said 01Subang, R Sivarasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersama pimpinan PR di Kelana Jaya kerana turut mengadakan himpunan sama di Rusila, Terengganu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.