Categories
NASIONAL

“Tsunami Malaysia” Desak Najib Undur

himpunan suara rakyat kelana jaya crowd 02

KELANA JAYA, 9 MEI: ‘Tsunami Malaysia’ berlangsung di Stadium Kelana Jaya ekoran kehadiran luar biasa rakyat pada Pidato Suara Rakyat Suara Keramat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang dikatakan sarat dengan penipuan.

Meskipun hujan turun, kebanjiran rakyat menyebabkan kesesakan berlaku sepanjang Lebuhraya Damasara Puchong dari Bandar Utama hingga ke Puchong.

Dengan tema baju hitam, lebih 50,000 rakyat Malaysia membanjiri kawasan stadium dan sekitarnya dengan semangat sebangsa, sejiwa dan senegara.

Dihostkan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abadul, barisan pimpinan Pakatan Rakyat hadir memberikan ucapan sambil disambut dengan kemeriahan penyokong.

Antara desakan paling hebat dilontarkan pimpinan PR adalah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur ekoran penipuan dan penyelewengan yang himpunan suara rakyat kelana jaya auntie bersih 01berlaku dalam PRU-13.

Meskipun tewas di Parlimen Pekan, Koordinator Jingga-13, Fariz Musa menyatakan kesedian untuk berhadapan penyandang, Najib Razak sekali lagi di kawasan berkenaan seandainya diberikan peluang sekali

Selain itu, Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang memulakan pidato rakyat menyatakan kebangkitan perubahan rakyat menolak penyelewengan akan diteruskan di Sabah.

Paling mencuri tumpuan ucapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang gembira diatas sokongan rakyat mempertahankan Negeri Selangor sehingga berjaya mengalahkan Umno-BN Selangor yang diketuai oleh Najib sendiri.

“Terima kasih kerana mempertahankan Selangor. Najib tidak boleh kalahkan Selangor kerana kamu (rakyat).

“Kita bukan sahaja mahu menang tapi keadilan. Marilah kita menantang kezaliman dan ketidakadilan dalam pengundian.

“Kita semua yang akan menetukan negara. Bukan Najib atau SPR tetapi kita semua,” katanya ringkas.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa warga Thailand dibawa masuk untuk mengundi di kawasan pendalaman di Kedah.
“Undi awal, undi pos tidak ada celup jari (dakwat kekal). Kalau tolak undi pos dan undi awal, rakyat Malaysia undi PR 60 peratus.

“Pembohongan mereka berterusan, rakyat bangkit menuntut demokrasi.

himpunan suara rakyat kelana jaya crowd 03“Mereka cuba main isu perkauman. 5 Mei bukan Tsunami Cina, tapi Tsunami rakyat Malaysia. Bukan soal kaum, kita lawan rasuah dan penyelewengan,” katanya.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mengucapkan penghargaan kepada rakyat berbilang kaum yang mengundi beliau di Parlimen Gelang Patah sekaligus menumpaskan mantan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Menurutnya, politik perkauman merupakan budaya lama sehingga mengakibatkan tangan persahabatan ‘syaitan yang dikenali’ ditolak rakyat.

Dalam pidato ini, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said turut mendeklamasikan sajak betajuk ‘Ibu Segala Tipu’ yang ditulis khas tiga jam sebelum perhimpunan berlangsung.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib-naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan N Surendran.

Turut hadir Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen  himpunan suara rakyat kelana jaya A Samad Said 01Subang, R Sivarasa.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bersama pimpinan PR di Kelana Jaya kerana turut mengadakan himpunan sama di Rusila, Terengganu.

Categories
NASIONAL

PKR Tanding Majoriti Kerusi Sabah

Logo PKR DAP PAS

PETALING JAYA, 17 APR : PKR akan bertanding 19 kerusi Parlimen dan 43 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini berkata, calon daripada Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan Angkatan Perubahan Sabah (APS) masing-masing turut bertanding pada PRU-13 di atas tiket PKR.

Keputusan ini bermakna pemimpin PKR bertanding 10 Parlimen dan 20 DUN. Manakala pemimpin PPPS yang diketuai Datuk Seri Panglima Lajim Ukin bertanding empat Parlimen dan 11 DUN.

Sementara calon dari APS pimpinan Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing pula akan bertanding di lima Parlimen dan 12 DUN.

Menurut Ahmad Thamrin, perbincangan berlangsung aman diantara PKR, PPPS dan APS.

“Tidak menolak kemungkinan berlaku tiga penjuru bagaimanapun kita bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya ringkas pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Selaku Pengerusi PKR, Ahmad Thamrin akan bertanding di Dun Gum-Gum.

Datuk Seri Panglima Lajim Ukin akan mempertahankan Parlimen Beufort yang dimenangi pada PRU-12 serta bertanding di Dun Klias.

Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing turut bertanding dua kerusi iaitu Parlimen Tuaran dan Dun Tamparuli.

Sementara itu, bekas calon PKR di Parlimen Sabak Bernam, Dr Badrulamin Bahron pula bertanding di Parlimen Silam.

Berikut adalah senarai calon PKR bertanding mewakili Parlimen di Sabah:

P.167 Kudat – Rahimah Majid

P.168 Kota Marudu – Datuk Maijol Mahap

P.169 Kota Belud – Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy

P.170 Tuaran – Datuk Seri Mojilip Bumburing @ Wilfred

P.174 Penampang – Ignatius Darell Leiking

P.175 Papar – Datuk Yahya Lampong

P.176 Kimanis – Jaafar Ismail

P.177 Beaufort – Datuk Seri Lajim Ukin

P.178 Sipitang – Ramli Dua

P.179 Ranau – Jonathan Yasin

P.180 Keningau – Stephen Sandor

P.181 Tenom – Masidin Tumas

P.182 Pensiangan – Datuk Dr Richard Sakian Gunting

P.183 Beluran – James Miki

P.184 Libaran – Mohd Serman Hassnar

P.187 Kinabatangan – Mustapha Datu Tambuyong

P.188 Silam – Dr Badrulamin Bahron

P.189 Semporna – Dr Zamree@Mohd Suffian Abdul Habi

P.190 Tawau – Datuk Kong Hong Ming @ Kong Fo Min

Berikut adalah senarai calon PKR bertanding mewakili DUN di Sabah:

N.1 Bagi – Datu Abdul Razak Datu Abdul Salam

N.2 Tg Kapor – Chin Chung Kui @ William Chin

N.4 Matunggong – Jelin Dasanap @ Jelani Hamdan

N.5 Tandek – Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau

N.7 Kadamaian – Ukop @ Jeremmy Malajad @ Malazad

N.8 Usukan – Ir Mustafa Sa’mud

N.9 Tamparuli Datuk Seri Mojip Bumburing @ Wilfred

N.10 Suluman – Mukhtar

N.11 Kiulu – Rhodes Panilau

N.12 Karambunai – Muali Aching

N.13 Inanam – Roland Chia Ming Shen

N.15 Api-Api – Liew Chin Jin

N.18 Petagas – Mat Yunin @ Mohd Yunin Atin

N.20 Moyog – Terrence Siambun

N.21 Kawang Kefli @Zulkefli Safar

N.22 Pantai Manis – Fred Gabriel

N.23 Bongawan – Tan Sri Ibrahim Menudin

N.24 Membakut – Narawi @ Sinar Ahmad

N.25 Klias – Datuk Seri Lajim Ukin

N.26 Kuala Penyu – Datuk Johan @ Christopher O T Ghani

N.27 Lumadan – Abdul Rahman Yaakob

N.28 Sindumin – Harunsah Ibrahim

N.29 Kundasang – Satial Indong

N.30 Karanaan – Datuk Dr Muhiddin @ Mohd Anas Yusin

N.31 Paginatan – Amru Abd Kadir

N.32 Tambunan – Wilfred Win Ponil

N.33 Bingkor – Datuk Ahmad Shah Tambakau

N.34 Liawan – Paul Gitang

N.36 Kemabong – Biou Suyan

N.37 Sook – Liberty Lopong

N.38 Nabawan – Raymond Ahuar

N.39 Sugut – Petrus Zabang

N.40 Labuk – Datuk Tan Yong Gee

N.41 Gum-Gum – Ahmad Thamrin Jaini

N.42 Sg Sibuga – Irwansyah Mustapa

N.43 Sekong – Musah Ghani

N.47 Kuamut – Benson Ingam

N.49 Tungku – Johani Abd Halim

N.50 Lahad Datu – Dr Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong

N.52 Sulabayan – Hermeny Murgal

N.53 Senallang – Mohd Amin Abdul Mem

N.55 Balong – Frank Salazar @ Franco

N.56 Apas – Alizaman Jijurahman

Categories
NASIONAL SELANGOR

Sukarelawan Belia Raih Sokongan Rakyat Sabah Di Selangor

mb lajim ukin rapat mesra sabah 01

SHAH ALAM 31 MAC : Kejayaan pentadbiran Selangor akan dijadikan bahan kempen oleh sebuah jaringan sukarelawan belia Sabah bagi meraih sokongan lebih 35,000 warga Sabah yang berada di Selangor.

Warga Sabah yang sudah bermastautin di Selangor akan digesa untuk terus mengekalkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Manakala bagi mereka yang masih mengundi di Sabah, mereka akan digesa untuk balik mengundi dan membawa perubahan kepada negeri itu yang dikatakan sudah 50 tahun disalah tadbir oleh Umno-BN.

Jaringan sukarelawan tersebut yang bergerak di bawah gabungan NGO Sabah mensasarkan untuk mendaftar 1,000 peserta, kata Abdul Khalid.

?Ini adalah satu usaha memberi maklumat dan penerangan kepada warga Sabah yang bekerja di Selangor supaya mereka faham kejayaan kita di Selangor.

?Ia supaya mereka mengekalkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Jika mereka mengundi di Sabah, diharapkan mereka dapat balik ke Sabah dan membawa perubahan kepada negeri itu.

?Kerana kejayaan kita di Selangor boleh dilaksanakan di Sabah juga,? kata Abdul Khalid selepas rapat mesra bersama warga Sabah di Komplek PKNS di sini semalam.

Turut hadir Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin.

Lajim berkata jaringan tersebut akan membantu PR di Sabah untuk membentuk jalinan pentadbiran di antara Sabah dan Selangor apabila PR berjaya membentuk kerajaan di Sabah.

“Sudah tentu kita mahu belajar dari kejayaan di Selangor. Bagaimana Selangor boleh membawa perubahan kepada rakyat Selangor. Bantuan dan pelaburan yang dapat dijana dan dilipatgandakan (oleh PR Selangor).

Categories
NASIONAL

Lajim : Pakatan Bakal Tawan Sabah, Menang 15 Kerusi Parlimen

lajim ukin ceramah pkr 04

SHAH ALAM 30 MAC : Pakatan Rakyat bakal mentadbir Sabah selepas pilihanraya akan datang apabila gagasan itu memenangi kira-kira 35 kerusi dewan undagan negeri.

Negeri di bawah bayu itu juga bakal menyumbang 15 buah kerusi parlimen kepada PR bagi menguatkan lagi peluang gagasan itu mencapai 112 kerusi parlimen untuk berjaya mentadbir Putrajaya.

Ramalan tersebut dibuat oleh Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin yang berkata beliau bersandarkan kajian sentimen politik penduduk Sabah dan pertumbuhan cawangan dan cabang parti PR di Sabah.

Beliau berkata gelombang perubahan sokongan daripada Umno-BN kepada PR paling kuat berlaku di kalangan komuniti Cina Sabah, di mana dianggarkan lapan daripada 10 kerusi majoriti Cina akan dimenangi PR.

Manakala 15 daripada 20 kerusi majoriti komuniti Kadazan Dusun-Murut turut akan dimenangi oleh PR, kata Lajim, yang merupakan bekas Timbalan Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Di antara kerusi bumiputera Islam pula, Lajim berkata 13 hingga 15 bakal dimenangi PR.

?Apabila kita tubuhkan bahagian atau cabang PKR dan Pas kita buat kajian dan juga pilihanraya percubaan dan ia amat memberangsangkan.

?Kita nampak kita boleh menang 35 kerusi dan mungkin akan sampai 40 kerusi.

?Rakyat Sabah sudah biasa bertukar kerajaan negeri. MB rapat mesra sabah 01

?Dalam sejarah kerajaan negeri sudah ditukar sebanyak tiga kali. Pengalaman tukar kerajaan sudah ada,? katanya di dalam sidang media selepas majlis ramah mesra warga Sabah di Selangor bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Kuasa mentadbir Sabah sebelum ini pernah bertukar tangan pada April 1985 daripada BN ke Parti Bersatu Sabah (PBS).

Kemudiannya ia bertukar balik kepada BN pada tahun 1986. Pada pilihanraya 1990 pula, PBS berjaya merampas kembali tampuk pemerintahan.

Akan tetapi pada pilhanraya Mac 1994, Sabah jatuh kembali ke tangan BN.

?Apa yang dilakukan BN hari adalah merugikan rakyat sabah yang tidak dapat jaminan keselamatan, pembangunan, kemajuan dan begitu ketinggalan berbanding rakyat semanjung,? Lajim berkata.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Mahathir Sudah Mengaku, Jangan Babitkan Anwar

Lajim Sabah

SHAH ALAM 24 JAN: Datuk Seri Lajim Ukin menyatakan Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak tidak wajar cuba mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberi penjelasan dalam isu pendatang tanpa izin.

Ini kerana, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad sudah mengakui bahawa beliau yang terlibat secara langsung dalam pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

“Cabaran yang dikemukakan oleh Salleh itu tidak tepat,” kata Lajim yang juga mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jelas beliau, penubuhan RCI itu mendedahkan pengeluaran kira-kira 200,000 untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing.

“Pendedahan ini akan membuka mata rakyat Sabah.

“Kerajaan BN kini tidak melindungi kepentingan rakyat Sabah tetapi lebih mahu melindungi pendatang tanpa izin dan juga yang tidak layak mendapat kad pengenalan,” katanya.

Anggota panel RCI itu terdiri bekas Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Profesor Datuk Seri Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Henry Chin Poy Wu.

Turut sama, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Kee Mustafa dan bekas Timbalan Ketua Menteri dan bekas Peguam Besar Sabah Tan Sri Herman J Luping.

Prosiding seterusnya akan diadakan 28 Januari hingga 1 Februari dan 22 Februari hingga 27 Februari.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Lajim: Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap 40,000 Warga Sabah Dipindah Mengundi Di Selangor

lajimukin

SHAH ALAM, 24 JAN : Kerajaan Negeri Selangor diseru mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan wujudnya kira-kira 40,000 ‘warga Sabah’ yang dipindahkan sebagai pengundi di Selangor.

Mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa, ‘warga Sabah’ itu majoritinya bukan yang berasal atau lahir daripada negeri itu tetapi pendatang asing yang diberi taraf kewarganegaraan dan kad pengenalan.

Katanya, daripada jumlah itu hanya kira-kira 20-30 peratus adalah warga Sabah yang sebenar.

“Pihak Kerajaan Selangor perlu meneliti jika ada ruang-ruang dalam perundangan untuk mendapatkan proses injuksi atau sebagainya kepada mereka ini,” kata Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika dihubungi TVSelangor.

Ujar beliau lagi, jentera Pakatan Rakyat (PR) di Selangor perlu memperhebatkan usaha dan gerak kerja untuk mengenalpasti 40,000 ‘warga Sabah’ itu dengan memberikan penerangan agar mereka tidak dipergunakan oleh BN.

“Tidak mustahil jika mereka-mereka ini diberikan penjelasan dan penerangan maka mereka akan berpihak kepada kita (Pakatan Rakyat).

“Sebab mereka hanya dipergunakan sahaja oleh BN untuk mendapatkan kuasa.

“Selepas itu mereka akan diabaikan dan tidak lagi diberi perhatian oleh BN jika berkuasa nanti,” katanya.

Categories
NASIONAL

Lagi Pemimpin Kanan BN Sabah Bakal Sertai PR

SHAH ALAM 30 SEPT: Beberapa pemimpin kanan BN Sabah dijangka akan mengikuti jejak dua Ahli Parlimen BN Sabah yang meninggalkan parti sebelum ini.

Bayangan tersebut dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika menyampaikan ucapan dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

“Sekarang kita ada dua orang pemimpin BN Sabah sertai kita, Insyaallah minggu depan akan ada lagi yang akan jadi agen kita,” kata Azmin.

Azmin ketika memberikan penjelasan lanjut kepada TV Selangor mendakwa, pihak yang dimaksudkan akan meninggalkan BN tersebut termasuk pemimpin kanan BN di Sabah.

“Memang ada perbincangan dijalankan dengan pemimpin BN di Sabah dan Sarawak tentang bagaimana mereka boleh mainkan peranan untuk membawa perubahan untuk rakyat Sabah dan Sarawak.

“Ini soal startegi, jadi tak semestinya kita umumkan semuanya serentak, kita tunggu masa yang sesuai, tetapi seperti saya nyatakan tadi, akan ada lagi pimpinan kanan, penting tempatan yang akan sertai kita,” kata Azmin sebaik selesai rapat tersebut.

Menurut Azmin, pemimpin-pemimpin yang terlibat merupakan pemimpin di peringkat Parlimen dan juga Adun di Sabah.

Selain itu, Azmin berkata perkembangan terkini di Sabah dan Sarawak menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada di dalam keadaan tertekan dan marah.

“Isu ini menjadi kemarahan PM Datuk Seri Najib, sebab itulah dalam belanjawan baru-baru ini tiada peruntukan yang benar-benar menggembirakan rakyat Sabah kecuali menyentuhnya secara pinggiran sahaja,” ujar Azmin lagi.

Sebelum ini, baru-baru ini bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin mengumumkan meninggalkan BN untuk menyertai PR.

Tindakan kedua-dua Ahli Parlimen tersebut menyebabkan BN mulai kehilangan pengaruhnya terhadap masyarakat tempatan di beberapa kawasan kubu kuat mereka sendiri.

Categories
NASIONAL

Lajim Yakin Sabah Sumbang 10 Kerusi Buat PR

 

SHAH ALAM 29 SEPT: Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin hari ini menyatakan keyakinan terhadap kemampuan Pakatan Rakyat (PR) memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Sabah dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya keyakinan tersebut berdasarkan kemampuan pengundi di Negeri Dibawah Bayu itu menukar Kerajaan Negeri Sabah pada 1985 sehingga 1994 serta kesedaran baru terhadap penipuan yang dilakukan oleh Umno-BN.

“Orang Sabah pernah melakukan menukar kerajaan, tak mustahil berlaku lagi kali ini dan kerusi itu akan membantu PR membentuk kerajaan di Putrajaya.

“Selama lebih 50 tahun Umno-BN berkuasa, tak pernah sekalipun bercakap nak kaji semula royalti minyak di Sabah, tetapi PR bersedia beri 20 peratus sekiranya diberi kuasa,” kata Lajim ketika membuat penampilan khas dalam Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Bumburing pula melahirkan rasa kesal apabila Kerajaan Umno-BN gagal melindungi Sabah dari kemasukan pendatang tanpa izin.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Tuaran itu berkata tidak kurang 250,000 orang pendatang tanpa izin memasuki Sabah dan sebahagiannya diberikan kerakyatan negara ini dengan mudah.

Sementara itu, Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli ketika berucap dalam konvensyen sama berkata pemimpin dan ahli parti haruslah memberikan fokus terhadap perjuangan untuk menghadapi PRU-13 nanti.

“Dalam konteks Islam, perjuangan rakyat itu juga merupakan suatu perjuangan dalam Islam,” kata Rafizi.

Rafizi turut mengingatkan perwakilan terhadap kepentingan penggunaan startegi betul dalam perjuangan seperti mana dilalui oleh Mathama Ghandi dan Tariq Bin Ziyad ketika menentang musuh masing-masing.

Dalam Rapat Umum Pimpinan Nasional 2012 yang diadakan sepanjang hari ini, seramai 1,500 perwakilan parti itu dari seluruh negara hadir.

Categories
NASIONAL

Surat Cinta Anwar Kepada Azizah Dilelong RM50,000

SHAH ALAM 29 SEPT : Surat cinta yang ditulis ketika dalam penjara oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilelong pada harga tertinggi RM50,000 malam tadi.

Surat ini ditulis Ketua Umum PKR itu ketika ditempatkan di Penjara Sungai Buloh itu dibeli oleh Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin.

Sebelum acara lelongan dijalankan, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR naik ke atas pentas dan membacakan kandungan isi surat itu untuk penonton yang hadir dalam majlis Makan Malam Perdana Bersama Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Malawati di sini.

Antara kandungan surat itu menjelaskan perasaan kasih sayang Anwar terhadap isterinya dan keluarga selain usaha meracuninya menerusi makanan disajikan di dalam penjara.

Dr Wan Azizah juga diminta mengadakan perbincangan dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kartunis Zunar.

Gambar sketsa kartun lakaran Zunar bertajuk “Kuasa Rakyat ke Putrajaya” pula dilelong pada harga RM32,000.
Barangan lain dilelong dalam majlis itu ialah pena digunakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika menghuni Penjara Kajang dengan nilai RM23,000.

Gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai nelayan (RM17,000), gambar Pengerusi DAP, Karpal Singh – Singh Is The King (RM12,000).

Manakala tongkat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (RM12,000), patung beruang Teresa Kok (RM10,000) dan cenderamata Allahyarham Datuk Fadzil Noor (RM11,000).

Jumlah kutipan bagi keseluruhan hasil daripada bidaan ini ialah sebanyak RM182,000.

Majlis tersebut bertujuan memgumpul dana PR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) dihadiri barisan kepimpinan PR dan tetamu dengan kehadiran lebih 3,000 orang.

Categories
NASIONAL

Anwar Membayangkan Lagi Kejutan Dari Sabah

PETALING JAYA 9 OGOS : Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan akan berlaku lagi satu kejutan dari Sabah pada 12 Ogos ini.

Katanya, bakal menyaksikan seorang lagi pimpinan Sabah akan ‘menyertai’ Pakatan Rakyat bagi meneruskan perubahan yang berlaku menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)

Bercakap dalam satu sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat, beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat menjelaskan setakat ini perkembangan di Sabah sangat menggalakkan dan beberapa program penerangan dan majlis bersama pemimpin akan dibuat.

Ketika ditanya adakah lebih banyak kejutan selain penyertaan terbaru pimpinan Anwar berkata semua kejutan daripada rakyat.

“Yang penting dan saya ulang kejutan itu daripada rakyat. Ini kebetulan dengan judul buku terbaru Sheikh Yusuf al-Qardawi yang bertajuk ‘Kebangkitan Rakyat’.

“Kejutan itu adalah kebangkitan rakyat. Kebetulan beberapa tokoh turut serta. Kita bersiap sedia untuk menghadapi Umno pada PRU-13,” katanya.

Menurut Anwar beliau akan kembali ke Sabah bagi memenuhi undangan beberapa program di Kota Marudu dan Kota Belud.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing mengumumkan tindakan meninggalkan Umno-BN Sabah.