Categories
SELANGOR

Bantu taraf kehidupan kaum India, bukan beri label penjenayah – Manivannan

manivannam

SHAH ALAM 26 OGOS: Kerajaan Umno BN perlu membantu menaik taraf kehidupan masyarakat India bukan semata-mata menyalahkan mereka dengan mengaitkannya perbuatan jenayah.

Ahli Parlimen Kapar, Manivannan Gowindasamy, berkata kerajaan perlu memberi tumpuan kepada pendidikan kaum India yang tercicir supaya mereka tidak terjebak dalam aktiviti jenayah.

“Jadi apa yang dilakukan kerajaan selama ini?” katanya mengulas statistik polis yang menyatakan 71 peratus kaum India, 23 peratus Cina dan bawah lima peratus Melayu terbabit dalam jenayah gangster.

Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata, kerajaan Umno BN perlu ada polisi jangka pendek dan panjang, bagi membantu nasib kaum India yang dibelenggu kemiskinan.

“Pemimpin Pakatan Rakyat sedia membantu memberi idea dan duduk semeja bagi merangka polisi bagi membela nasib masyarakat India,” katanya.

“Perlu ada bantuan khusus dalam program keusahawanan. Sekarang peluang pekerjaan orang India diambil pekerja asing khususnya Bangladesh. Ini jelas kegagalan kerajaan,” katanya.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.