Categories
NASIONAL SELANGOR

Kerajaan dan rakyat saling melengkapi usaha dan amanah mensejahtera rakyat

ucapan raya rodziah ismail

Amatlah buruk padahnya jika tiada mawaddah dan rahmah (belas kasihan dan kasih sayang) di kalangan rakyat dan kerajaan yang memimpin mereka.   Kemuncaknya adalah anarki seperti yang sedang berlaku di beberapa negara di dunia; keadaan tidak terkawal dan manusia saling mencederakan dan berbunuh sesama sendiri.

Kekontangan mawaddah dan rahmah itu boleh juga diperhatikan daripada bencana-bencana yang berlaku hasil kecuaian yang disengajakan oleh tangan-tangan manusia durjana ? bangunan runtuh, tanah runtuh, banjir-banjir kilat di merata-rata tempat sekoyong-koyong tiba hujan lebat, jenayah berat yang berleluasa, pemerdagangan manusia tanpa halangan, korupsi yang menjadi budaya, kekayaan negara yang tiada diketahui bagaimana ia disalur dan dibelanjakan, yang lemah tiada tempat mengadu dan tiada mendapat keadilan serta seribu satu macam lagi insiden ? kesemuanya membuatkan insan berasa tidak selamat dan aman, kerana golongan durjana itu yang berasa selamat dan aman melaksanakan segala bentuk kedurjanaan dan tiada siapa yang akan mengganggu-gugat mereka.

Apakah jalan terbaik untuk memenuhi fitrah insan ? itulah roh dan intipati sambutan Hari Raya Ei?dulfitr yang disambut saban tahun oleh umat Islam dan diketahui umum oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama? Eidulfitr ialah Hari Fitrah.

Fitrah insan merangkumi jasad, spiritual, mental, emosi dan unsur-unsur lain yang melengkapkan insan untuk berupaya mengembangkan potensinya sebagai insan yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negaranya, bahkan kepada umat manusia seluruhnya.

Maka rakyat dan kerajaan perlulah kembali kepada fitrah kejadian dan kewujudannya untuk memelihara kesejahteraan fitrah insan dan memenuhi keperluannya.   Segala gerakan, perancangan dan pengurusan kekayaan perlulah menggerakkan rakyat dan kerajaan untuk memenuhi keperluan insan ? yang ada hak dan tanggungjawabnya.

Semoga Allah swt meredai keduanya, rakyat dan kerajaan, yang saling nasihat-menasihati untuk tidak berbuat kedurjanaan, saling doa-mendoakan yang terbaik dan merealiti pelan-pelan yang didokumentasikan kemas, agar fitrah insan itu boleh menghasilkan yang terbaik untuk manusia sejagat.

Kembali kepada Fitrah Insan, Selamat Menyambut Hari Raya Ei?dul Fitr 1434H/2013M

 

Rodziah Ismail

Merangkap Timbalan Ketua Wanita Pusat dan Ketua Wanita Selangor

Parti Keadilan Rakyat

-FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.