Categories
NASIONAL SELANGOR

Kit Siang: Tubuh RCI siasat tragedi 13 Mei

kit siang parlimen 01SHAH ALAM, 27 OGOS: Kabinet digesa untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat tragedi 13 Mei 1969 dengan segera, tegas Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, RCI ini bukan bertujuan menghukum pesalah tapi untuk bergerak ke hadapan dan memecahkan tembok perkauman yang tidak berpenghujung dalam negara.

?Saya menyeru agar RCI ditubuhkan bagi menangani peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 untuk mengetahui punca bagaimana ia boleh berlaku, menilai polarisasi kaum dan mengambil langkah pencegahan supaya tidak berulang.

?RCI juga harus dilaksanakan untuk menghapuskan ‘hantu-hantu’ 13 Mei daripada terus digunakan pada setiap Pilihan Raya Umum (PRU) sejak 1969 sehingga sekarang untuk mengugut pengundi dari bebas menjalankan hak perlembagaan mereka,” katanya dalam kenyataan media.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah turut menyeru pengarah filem Tanda Putera, Shuhaimi Baba menyenaraikan kejadian cereka dan tidak sah 13 Mei yang dipaparkan dalam filem itu supaya tidak mengeliru serta menghasut rakyat.

“Memandangkan beliau sendiri mengakui bahawa filem arahannya itu adalah filem cereka sekitar rusuhan kaum, jadi beliau harus mempertimbangkan dengan serius nasihat saya.

“Walaupun beliau berbangga dengan dirinya sebagai pengasas awal filem-filem seram, tapi dia boleh menganggap Tanda Putera juga dalam genre ?filem-filem hantu? yang pernah dibuat olehnya sebelum ini.

“Shuhaimi mesti sedar dan memiliki rasa tanggungjawab pada negara, terutama kepada generasi masa kini dan masa depan untuk melindungi serta menggalakkan muhibah antara kaum, keamanan dan keharmonian masyarakat,” katanya.- mza

Leave a Reply

Your email address will not be published.