Categories
SELANGOR

Laluan bas komuniti MBPJ

bas 1

PETALING JAYA, 28 OGOS : Dilancarkan pada Ogos 2008, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan perkhidmatan bas komuniti percuma tiga kali sehari pada setiap hari bermula seawal 9.30 pagi, 11.30 pagi dan 2.30 petang.

Liputan bas komuniti ini melalui 32 perhentian di Petaling Jaya Utara dan 21 perhentian di Petaling Jaya Selatan.

Pegawai Perhubungan Awam MBPJ Zainun Zakaria berkata setakat ini PBT itu menguruskan dua buah bas dan setiap satu boleh memuatkan 30 penumpang pada satu masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published.